Oleh : ROSLAN SMS 
 

Sekiranya PAS memerintah habis orang Cina akan ditekan. Orang bukan Islam akan 
dipaksa memeluk Islam. Orang bukan Melayu tidak lagi akan dapat mengamalkan 
adat dan budaya mereka. Demikianlah propaganda jahat yang ditiup dan 
dimain-mainkan oleh musuh politik PAS sejak ia ditubuhkan diawal tahun 50an 
sehinggalah sekarang. 

Propoganda ini ternayat telah sebati dalam pemikiran mereka sehingga 
mengakibatkan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu khususnya mereka yang di 
luar Kelantan begitu bimbang dan tidak menyenangi langsung kehadiran PAS. 
 
PAS mula memerintah Kelantan sejak tahun 1959 (berhenti sekejap pada tahun 1978 
dan bekuasa kembali pada tahun 1990), sejak itu sekitar 1 peratus masyarakat 
Cina yang bukan Islam telah hidup dengan aman dan selesa dalam negeri tersebut. 

Husam di Tokong Mek (gambar THE STAR) 
Menurut sejarah masyarakat Cina telah mula bertapak di bumi Kelantan sejak 
tahun 1400 lagi dengan penempatan awal masyarakat Cina Hokien dapat dikesan 
dizaman pemerintahan Raja Kelantan Long Yunus pada 1782. Sebuah Tokong yang 
dikenali sebagai Tokong Mek telah dibina di tepi tebeng Sungai Kelantan 
berhampiran PCB pada tahun 1780. 
 
Kisah dan kesan sejarah ini diceritakan oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli 
Exco Keerajaan Negeri Kelantan Hj. Husam Musa dalam sebuah artikel sisipan 
akhbar THE STAR hari ini di bawah tajuk: The Grand Old Lady of Kota Bharu 
 
Kalau anda berkesempatan membaca artikel di atas pasti akan tersenyum sendiri, 
manakan tidak, pemberita akhbar THE STAR tersebut dibawa melawat tokong itu dan 
diceritakan pula sejarah dan latarbelakangnya oleh seorang pemimpin PAS! 
 
Husam telah berjaya membuktikan beberapa perkara besar, Bahawa masyarakat Islam 
boleh hidup dengan harmoni dan tolak ansur dengan masyarakat bukan Islam, 
dengan masing-masing hormat menghormati antara satu dengan lain. 
 
Sekaligus kehadiran Husam sebagai salah seorang pemimpin terkanan parti PAS 
turut membuktikan betapa toleran dan terbukanya sikap parti Islam tersebut. 
 
Husam bukan sekadar membawa pemberita ke sana malah beliau membuktikan bahawa 
beliau mahir dan tahu akan warisan sejarah tokong tersebut, salah sebuah binaan 
yang tertua di Kota Bharu, Bandaraya Islam. 
 
Sikap keterbukaan sebegini perlu dicontohi oleh ahli-ahli PAS yang lain, 
sekurang-kurangnya dalam berhadapan dengan masyarakat bukan Islam di Malaysia. 
Saya masih ingat di awal pemerintahan beliau Tok Guru MB Kelantan pernah hadir 
dalam majlis penyerahan watikah kepada Ketua Sami, di Wat Buddha di Tumpat. 
 
Tidak ada cara lain untuk kita mematahkan tohmahan dan propaganda jahat 
terhadap Islam melainkan kita sendiri berani bangun dan membuktikan 
kepalsuannya. Kelantan telah bergerak jauh dalam bab ini. Malahan pada hari ini 
kerajaan negeri Kelantan mampu berdiri megah dan gagah dengan kehadiran seorang 
ahli keturunan Cina (Dato Anuar Tan) sebagai anggota Exco nya selaku bukti 
keterbukaan dan toleransi kerajaan negeri tersebut khusus dalam bab hubungan 
dengan kaum dan agama lain. 
 

Roslan SMS http://n32.blogspot.com/ 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke