Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tabung itu adalah perkara awal yang diwujudkan di Kelantan di bawah pentadbiran sekarang.
Hasrat ini tercetus adalah semata-mata didorong oleh suatu kesedaran bahawa sebuah kerajaan adalah sebagai penjaga amanah rakyat bagi menyelesaikan penderitaan dan kesempitan mereka.
Ini adalah menjadi tanggungjawab pemerintah. Alhamdulillah tabung ini telah kita lahirkan dan hari ini mencapai usia ke-15 tahun, katanya pada sambutan ulangtahun ke-15 Tabung Serambi Mekah di Balai Islam di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Dato Skhori Mohamed dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Katanya, sejak diwujudkan tabung tersebut berjaya memainkan peranan secara berterusan dan sebaik mungkin mengikut keupayaan yang ada. Saya berharap tabung amanah ini menjadi tabung yang benar-benar dipercayai semua pihak apabila ia diurus dengan baik dan beramanah bagi membantu rakyat yang ditimpa sesuatu kesusahan, katanya.
Timbalan Menteri Besar berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi menarik lebih ramai penderma untuk membantu TSM.
Katanya, kempen akan dibuat melalui ceramah-ceramah agama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih minat menderma. Sebanyak RM909,000 berjaya dikumpulkan pada program terbabit.
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan merupakan penyumbang utama kepada tabung tersebut iaitu sebanyak RM700,000, selain itu Jabatan Perhutanan Negeri (RM70,000),
Yayasan Kelantan Darulnaim (RM50,000) kutipan di kalangan anggota Exco (RM6,000) dan seorang korporat tempatan, Nordin Awang (RM10,000).//Hrkh
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
