KOTA BHARU, 27 Sept  – Kerajaan dicadang turut membantu ‘orang kurang siuman’ memandangkan mereka juga perlu pembelaan sewajarnya seperti golongan fakir miskin lain.
Bekas anggota Parlimen Peringat (Ketereh), Haji Muhamad Mustafa berkata, sebelum ini golongan orang kurang siuman kurang diberi perhatian pihak kerajaan.

 

“Sepatutnya kerajaan turut menyediakan satu tempat khusus bagi menempatkan mereka supaya tidak berkeliaran di merata tempat. Mereka juga perlu mendapat pembelaan sewajarnya seperti orang miskin lain,” katanya di sini.

 

Beliau yang juga Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, bantuan diberi sebagai menghargai jasa mereka sebelum ini.

 

Katanya, sebelum orang terbabit menjadi kurang siuman, mereka juga turut sama membantu kerajaan melalui peranannya sebagai rakyat. Beliau juga berkata, pandangan mengenai agama cuba digelapkan oleh pihak tertentu dengan berselindung di sebalik ideologi sekular.

 

“Pandangan mengenai agama cuba digelapkan dalam tamadun manusia adalah antara punca berlakunya krisis di kalangan umat Islam sekarang,” katanya.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob mencadangkan Majlis Perbandaran Kota Bharu menjadikan program debat di antara sekolah-sekolah di kawasan pentadbirannya sebagai aktiviti tahunan.

 

Kata beliau, melalui aktiviti tersebut bakat-bakat baru dapat dicungkil bagi melahirkan pelajar yang petah berhujah.

 

“Al Quran sendiri menggunaan pendekatan hujah bagi menyampaikan seruan dakwah,” katanya ketika merasmi penutup pertandingan bahas antara sekolah sempena menjelang pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, di Balai Islam malam kelmarin.

 

Pada pertandingan itu, pasukan pembahas dari Maahad Muhammad muncul sebagai johan dan melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan sijil penyertaan.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat sebagai pemenang kedua.

 

Pasukan dari sekolah itu menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil penyertaan. Khairul Nisah Zainal Abidin dari Naim Lilbanat muncul sebagai pembahas terbaik dan beliau menerima wang tunai sebanyak RM200.

 

Maahad Muhammadi Perempuan dan Sekolah Menengah Zainab 1, Kota Bharu pula masing menang di tempat ketiga. Sekolah lain yang mengambil bahagian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Mardiah Panchor, Maktab Sultan Ismail Petra dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

 

Setiap pemenang menerima hadiah disampaikan Timbalan Menteri Besar. Hadir sama anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.//Hrkh

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke