KOTA BHARU 27 Sept. - Walaupun bertindak menceraikan isterinya selepas disimbah asid pada 8 Ogos lalu, namun lelaki yang dikenali sebagai Man ini tidak dapat menahan cemburu apabila mengetahui bekas isterinya itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Lelaki berusia 49 tahun yang disimbah asid kerana ingin mengahwini seorang janda anak lima itu bertindak nekad menetak seorang buruh dengan sebilah parang kerana mendakwa lelaki itu ada hubungan dengan bekas isterinya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, lelaki tersebut dikatakan telah menampar buruh berusia 38 tahun yang sedang minum di sebuah kedai kopi di hadapan Pejabat KADA, Tendong Pasir Mas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supritendan Shafie Ismail berkata, buruh itu yang tidak berpuas hati kerana ditampar, bersama dua rakan dan adiknya bertindak balas dengan memecahkan cermin kereta lelaki tersebut semasa dia melalui kawasan Kampung
Atas Alor, Bunut Susu, Pasir Mas.
``Ketika kereta lelaki itu melalui kampung tersebut, buruh berkenaan terus menyerang dengan sebatang kayu menyebabkan cermin pecah dan bonet pula kemik. Lelaki itu telah memberhentikan kenderaannya dan keluar dengan membawa sebilah parang lalu menetak mangsa. Mangsa mengalami luka di pergelangan tangan kanan,'' katanya.
Beliau berkata, mangsa telah membuat laporan di balai polis Bunut Susu di mana kertas siasatan mengikut Seksyen 324 telah dibuka.
Sementara lelaki berkenaan pula membuat laporan polis kenderaannya dipecahkan oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas, tetapi kemudiannya ditahan berikutan laporan yang dibuat mangsa.
``Polis turut merampas parang sepanjang 47 sentimeter daripada lelaki berkenaan,'' katanya.
Shafie berkata, polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 berikutan aduan yang dibuat lelaki tersebut bahawa mangsa telah memecahkan cermin keretanya.
Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Man melecur 20 peratus dari tubuh badannya selepas cuka getah dalam botol yang dipegang oleh isterinya tertumpah dalam satu pergelutan lalu terkena pada badan pasangan suami isteri itu.
Semua gara-gara hasrat lelaki berusia 49 tahun itu yang dikatakan ingin mengahwini janda beranak lima. //UM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
