JELI, 27 Sept  -- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas satu treler beras seludup di Kampung Bedah, Tanah Merah, hari Selasa.

Komander UPP Kelantan ASP Zulkifli Ahmad berkata rampasan 391 kampit beras dianggarkan bernilai RM23,460 itu dibuat dalam satu serbuan pada kira-kira 7.50 pagi ini.

Pemandu treler itu yang berumur 53 tahun turut ditahan dalam serbuan itu, katanya kepada pemberita di UPP Bukit Bunga, di sini, hari ini.

Beliau berkata UPP mendapat maklumat mengenai kegiatan penyeludupan beras di sebuah stor di kampung berkenaan.

"Ketika tiba, stor itu didapati kosong tetapi sebuah treler berdekatan tempat itu didapati dipenuhi dengan muatan guni beras," katanya.

Katanya pemeriksaan mendapati pemandu treler terbabit gagal menunjukkan permit muatan beras itu dan ia dipercayai diseludup dari negara jiran.

Zulkifli berkata rampasan itu akan diserahkan kepada Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Jabatan Pertanian untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kesalahan menyeludup beras boleh didakwa mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 atau penjara dua tahun.

Sementara itu, beliau berkata UPP Rantau Panjang merampas tiga kotak rokok tiruan bernilai RM9,700 yang disorokkan dalam but sebuah kereta di Rantau Panjang, dua hari lepas.//Bernama


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke