KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan menjemput pemimpin dan tokoh ulamanya untuk bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyaksikan konsert Mawi yang akan berlangsung di Padang Perdana di sini, malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Husam Musa, berkata Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mewakili Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka hadir serta barisan kepimpinan parti dan Dewan Pemuda Pas negeri dan Pusat.
Katanya, pihaknya juga mengalukan-alukan kehadiran seluruh kepemimpinan Umno negeri untuk turut menyaksikan konsert itu yang diadakan mengikut garis panduan berteraskan Islam.
"Kita menganjurkan konsert ini secara percuma semata-mata untuk hiburan mengikut dasar kerajaan negeri dan tidak terkeluar daripada tuntutan Islam dan tidak ada kaitan dengan politik.
"Sekalipun, kalau Mawi ahli Putera Umno, kita tetap menjemputnya sebagai seorang penghibur yang `fresh' dan diminati ramai masa kini," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, semalam.
Selain di Padang Perdana, Mawi dijangka mengadakan konsert bersama artis terkenal tanah air seperti M Nasir, Ramli Sarip dan Rabbani, sempena perisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dijangka disempurnakan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra, di Stadium Sultan Mohamad ke IV, pada malam esok.
Mawi dibawa khas untuk mengadakan konsertnya mempunyai atur cara ketat termasuk akan menghadiri kuliah Jumaat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat Pas di sini, bersama keluarganya.
Juara Akademi Fantasia Musim ketiga (AF3) itu juga akan menghadiri majlis Hi-Tea bersama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan mengadakan persembahan, di Dewan Bunga Tanjung, Hotel Perdana pada sebelah petang.
Beliau juga akan menyertai Senamrobik Perdana bersama Menteri Besar dan anggota Exco kerajaan negeri di Padang Perdana pada Sabtu.
Ditanya apakah konsert Mawi menjadi pembuka jalan kepada lebih banyak konsert lain diadakan di negeri ini pada masa akan datang, Husam, berkata akan memberi peluang dan ruang seluasnya kepada penganjur untuk mengadakan konsert tetapi mengikut Enakmen Hiburan Kelantan dan Pekeliling Hiburan Kelantan 1998.
Sementara itu, katanya penganjur menyediakan enam skrin besar bagi memudahkan penonton mengikuti konsert Mawi dari jauh.
Katanya, ruang padang juga dibahagi dua untuk penonton lelaki dan wanita bagi mengelakkan percampuran.
"Penonton lelaki diminta melalui jalan Bulatan Tuan Padang untuk memasuki Padang Perdana manakala penonton wanita pula melalui Jalan Mahmood dan Jalan Bayam.//Bha 30 Sept
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
