KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menolak permohonan ikat jamin seorang wanita warga Thailand yang dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah suaminya dengan menyimbah cuka getah ke muka dan badannya, 31 Julai lalu.


Permohonan itu dikemukakan peguam bela, G Naidu & Partners bagi membela tertuduh, Siti Khalifah Sulong, 53, tanpa sebarang caj.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap suaminya yang juga anggota tentera berpangkat Lans Koperal di Kem 302 Batu Melintang, Jeli, di rumah tanpa nombor di Kampung Legeh, Ayer Lanas, Jeli, kira-kira jam 11 malam pada 31 Julai lalu.

Dalam permohonannya, G Naidu berkata, mahkamah perlu menimbang keadaan tertuduh yang memasuki negara ini secara sah sejak 1991 kerana mengikut suaminya, Tuan Azman Tuan Ludin, 31, selepas berkahwin di negara jiran.

Katanya, sejak berkahwin tertuduh menggunakan pasport sebagai dokumen perjalanan bagi menetap di negara ini, tetapi malangnya pasport itu tamat tempoh sejak 1995.

"Keadaan itu disebabkan suaminya enggan membuat permohonan membuat kad pengenalan isterinya walaupun sudah 14 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

"Sejak itu, tertuduh sentiasa meminta bantuan suaminya mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Agama Islam dan perkahwinan itu baru didaftarkan pada 2003.

"Bagaimanapun permohonan memiliki kad pengenalan diri tertuduh tidak dilayan suaminya dengan alasan dia adalah isteri kepada seorang anggota tentera dan tidak perlu memiliki kad pengenalan.

"Berikutan itu, tertuduh kini tidak boleh ke mana-mana atau pulang ke negaranya dan terbabit kes jenayah ini. Oleh itu, saya merayu mahkamah memberi keadilan terhadap tertuduh untuk dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan baru," katanya.

Hakim, Che Zulkifly Jusoh, bagaimanapun menolak rayuan peguam bela sambil berhujah alasan tertuduh tidak memiliki dokumen perjalanan adalah tidak munasabah bagi memberi kebenaran ikat jamin.

"Saya tidak benarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dia tidak hadir ke mahkamah untuk meneruskan kes pertuduhan ke atasnya," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, P L Cheah dalam hujahnya memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia tidak memiliki dokumen perjalanan dan meminta kes itu dibicarakan kerana laporan perubatan sudah dikeluarkan.

Che Mohd Zulkifly kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 15 November ini.

Siti Khalifah tidak mengaku salah dengan sengaja menyimbah cuka getah sehingga menyebabkan kerosakan tubuh badan suaminya iaitu mata sebelah kiri, lengan kiri dan kanan.

Tertuduh kelihatan tenang ketika prosiding mahkamah berjalan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh di penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.//Bha 30 Sept


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke