KOTA BHARU, 3 Okt  - Sultan Kelantan berharap kerajaan negeri memberi penekanan lebih serius dalam bidang pertanian bagi mencapai matlamat memperolehi pendapatan sebanyak RM3 bilion menjelang tahun 2015.
Titah baginda, pengusaha kecil dan sederhana di negeri ini juga disarankan menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk mereka.

 

“Apa yang didapati mereka memerlukan satu pendedahan yang lebih luas terhadap aspek penghasilan serta konsep pemasaran yang lebih berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

 

“Sektor pertanian merupakan teras kepada ekonomi Kelantan, di mana ia melibatkan seramai 90,000 keluarga tani yang mengusahakan kawasan pertanian seluas 393,504 hektar,” titah baginda ketika perasmian Persidangan Kali Yang Ke-3 (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal

Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-11 2005 di sini, hari ini.

 

Titah baginda Dasar Pertanian Negara Ketiga yang dirangka akan memastikan sektor pertanian menjadi nadi pertumbuhan ekonomi negara dalam mengurangkan kadar import makanan yang kini dianggar melebihi RM13 bilion.

 

Baginda juga turut menyarankan usaha untuk mengubah minda petani, peladang,  penternak dan nelayan diberi tumpuan utama dengan menekankan kepada perlunya aktiviti pertanian diusahakan secara komersial.

 

“Ia perlu dimulakan dengan mengenal pasti hasil-hasil pertanian yang boleh menjamin pasaran dan memberikan pulangan yang optimum,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, baginda juga turut berharap konsep Koridor Perindustrian Pantai Timur dapat diseimbangkan dari aspek pengagihan infrustruktur supaya ia lebih berdaya saing.

 

“Beta difahamkan jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sektor pembuatan dari tahun 2000 hingga April 2005 sebanyak RM399.1 juta.

 

Tambah baginda, jumlah tersebut agak rendah disebabkan kekurangan infrustruktur perindustrian seperti kawasan industri yang terhad, rangkaian perhubungan dan pengangkutan yang kurang lengkap di Kelantan.

 

“Beta amat berharap konsep koridor ini dapat diseimbangkan agihan infrustrukturnya supaya menjadikan negara kita lebih berdaya saing,” titah baginda.

 

Bagi sektor pelancongan domestik baginda melahirkan rasa gembira kerana semakin ramai pelancong mengunjungi negeri ini, di mana pada tahun 2004 seramai 4.2 juta iaitu meningkat sebanyak 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

“Perolehan dari sektor pelancongan terus meningkat, iaitu sebanyak RM1.4 billion berbanding RM1.3 billion bagi 2003. Tidak syak lagi pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan utama rakyat negeri ini,” titah baginda.//Hrkh


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke