KOTA BHARU, 3 Sept - Agenda untuk mewujudkan pembangunan perbandaran yang lebih meluas di Kelantan perlu disegerakan, memandangkan ia merupakan strategi utama bagi menjana kawasan pusat pertumbuhan baru dan merancakkan sektor hartanah.

Sultan Kelantan bertitah, kadar pembangunan perbandaran di negeri ini sekarang hanya sebanyak 34.3 peratus, rendah berbanding peringkat negara (65 peratus).
 
Sehubungan itu, baginda melahirkan rasa gembira apabila kerajaan Pusat meluluskan peruntukan perluasan kawasan pihak berkuasa tempatan bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Majlis Daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
 
Baginda bertitah demikian sempena majlis permbukaan rasmi Persidangan Kali Yang Ke-3 (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Ke-2 Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-11. Turut berangkat pada majlis berkenaan, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Ampuan Mahkota Kelantan.
 
Titah baginda lagi, matlamat kerajaan Kelantan memperluaskan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat khususnya aspek penjagaan kebersihan.
 
Dengan ini juga boleh peningkatan hasil pendapatan pihak berkuasa tempatan dan proses perbandaran bergerak dengan lebih cepat,” titah baginda.
 
Sultan Kelantan, seterusnya bertitah perancangan untuk membangunkan kawasan pertumbuhan baru di Kelantan Selatan akan dapat membantu memesatkan lagi pembangunan negeri.
 
Titahnya, usaha kerajaan yang lebih serius membangunkan kawasan Kelantan Selatan dapat menyokong aktiviti eko-pelancongan, pertanian komersial dan perlombongan sumber asli secara mapan.
 
Menurut baginda aktiviti pertanian tanah tinggi melalui projek taman kekal pengeluaran makanan di Lojing, Gua Musang seluas 30 hektar akan menjadi perintis kepada pembangunan pertanian tanah tinggi.
 
“Bandar Perangingan Sigar yang berkonsepkan eko-pelancongan serta pusat perkhidmatan Pos Brooke akan menjadi langkah awal ke arah penubuhan Jajahan Kecil Lojing.
 
“Lokasinya yang strategik sebagai pintu masuk negeri dari pantai barat Semenanjung Malaysia melalui Jalan Simpang Pulai - Kuala Berang sudah tentu akan mewujudkan koridor pembanguna baru bagi kawasan barat daya Kelantan,” titah baginda.
 
Disamping itu, Pembangunan Bandar Baru Tunjung sebagai bandar satelit kepada Kota Bharu akan menyokong strategi kerajaan menjadikan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.

 

Titah baginda, ia juga selari dengan konsep pembangunan perbandaran Kota Bharu yang akan dapat merealisasikan matlamat menjadikan bandar ini sebagai rangkaian utama bagi Malaysia dalam konteks perancangan wilayah segitiga IMT-GT.//Hrkh


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke