KOTA BHARU-BRI, 10 Okt: Kesemua wakil-wakilrakyat yang mengikuti persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam berbuka puasa di Kota Darulnaim, apabila sidang Dun yang berakhir semalam berlarutan sehingga pukul 6.50 petang.

Wakil-wakilrakyat sama ada dari pihak kerajaan seramai 23 orang menunggu sesi persidangan Dun sehingga ianya berakhir, termasuk wakil rakyat pembangkang hanya lapan dari 21 orang.

Mereka dibekalkan dengan minuman termasuk buah kurma untuk mereka berbuka puasa, termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya, Dato’ Ahmad Yaacob serta anggota exconya yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato Abdul Rahim Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada anggota dewan yang sanggup menunggu persidangan dewan itu hingga berakhir.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dewan sama ada dari pihak kerjaaan atau pembangkang yang sanggup menunggu sesi sidang Dun kita ini hingga selesai,”ujarnya.

Secara berseloroh pula beliau berkata kepada anggota dewan dari pembangkang bahawa mereka akan mendapat layanan istimewa pada masa-masa akan datang.

“Tuan-tuan sebut saja pada saya bahawa tuan-tuan ada pada hari ini (sesi sidang dun hingga malam),”ujarnya lagi.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Belanjawan 2006) bagi tempoh penggal ke-11 berakhir lewat petang memandangkan tiga enakmen undang-undang perlu dibentangkan untuk dibahaskan oleh anggota dewan.

Enamen tersebut ialah Enakmen Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2005, Enakmen Undang-undang Sungai-sungai Dan Tali Air (Pindaan) 2005 dan Enakmen (Saraan) Anggota-anggota Pentadbiran Dan Ahli-ahli Dewan Negeri (Pindaan) 2005.

Dari tiga enakmen itu, hanya Enakmen (Saraan) Anggota-anggota Pentadbiran Dan Ahli-ahli Dewan Negeri tidak dibahas, manakala dua lagi dibahas serta digulung oleh kerajaan negeri.

Enakmen Undang-undang (Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2005 dibahas oleh Abdul Aziz Derasit (BN-Paloh) kemudian digulung oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan.

Manakala Enakmen Undang-undang Sungai Dan Tali Air (Pindaan) 2005 pula dibahas oleh Dato’ Norzahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur, kemudian ianya digulung oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Inrustruktur dan Alam Sekitar, Meja (B) Md Anizam Abd Rahman.//perakan


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke