KOTA BHARU: Kira-kira 500 peniaga kecil bandar ini merayu kerajaan negeri menimbangkan semula permohonan mereka untuk membuka gerai Ramadan di Jalan Parit Dalam sini.
Mereka berkata, tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di jalan itu menutup rezeki mereka terutama untuk persiapan menjelang Aidilfitri.
Sehubungan itu, mereka meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, campur tangan menyelesaikan masalah berkenaan.
Wakil peniaga, Rokman Muhammad, 30, berkata pihaknya akan menyerahkan surat rayuan kepada Menteri Besar supaya kerajaan negeri menimbang semula permohonan mereka dengan segera.
Rokman mendakwa, MPKB tidak membenarkan peniaga menjalankan perniagaan pasar Ramadan di situ mulai tahun ini berikutan langkahnya membuka tapak baru pasar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke 1V, kira-kira 400 meter dari situ.
"Tapak baru itu bukan saja jauh dari tempat sedia ada, malah bayaran sewa kanopi yang dikenakan kepada setiap peniaga iaitu RM1,400 adalah terlalu tinggi.
"Memandangkan kami peniaga sementara pasar itu, ternyata kami tidak mampu membayar sewa yang begitu tinggi," katanya.//Bha 11 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
