GUA MUSANG: Cubaan membawa pakaian jenama tiruan ke luar Kelantan gagal apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesannya disorok bawah bungkusan lain dalam dua lori kecil yang ditahan di bandar ini, awal pagi semalam.
 
Sebanyak 3,000 seluar jeans dan 80 pasang selipar berjenama tiruan bernilai RM120,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, dirampas.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Krai, Shamsuri Hamzah, berkata rampasan itu dianggap terbesar pernah dilakukan tahun ini menggunakan laluan Kota Bharu-Gua Musang dan Kuala Lipis.

Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil operasi bersepadu antara pegawai penguat kuasa kementerian itu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Gua Musang bagi membanteras pengedaran barangan tiruan.

Katanya, pakaian yang dirampas itu dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 bawah Seksyen 3 (1)(b) APD 1972.

“Kami turut menahan dua pemandu lori bersama dua kelindan untuk membantu siasatan dalam kes itu dan kini barangan yang dirampas disimpan di IPPD Gua Musang,” katanya.

Shamsuri berkata, pihaknya sudah menjangkakan berlaku kegiatan seumpama itu pada musim perayaan kerana peniaga akan mengaut keuntungan besar menerusi pasaran pakaian berjenama tiruan.

Katanya, tumpuan utama pasaran barangan itu di Kuala Lumpur melalui Jalan Kota Bharu-Gua Musang.

Beliau berkata, pelbagai taktik dilakukan peniaga untuk memasarkan barangan berkenaan ke luar Kelantan.

“Kami sudah lama tahu taktik yang mereka lakukan itu, sebab itu kita berjaya menahan dua lori kecil dalam operasi lima jam mulai 10 malam semalam,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama polis menahan tiga lelaki rakyat asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Sofian Md Yassin, berkata tiga lelaki termasuk dua rakyat Myanmar dan seorang rakyat Indonesia itu ditahan dalam bas ekspres ketika perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Katanya, mereka ditahan mengikut Akta Imigresen kerana memasuki negara ini dengan cara tidak sah dan masih ditahan di IPPD Polis Gua Musang untuk tindakan lanjut. //HM 12 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke