KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan tidak puas hati terhadap tahap kebersihan gerai pasar Ramadan negeri ini kerana ramai pengendalinya tidak mendapatkan suntikan pelalian dan pemeriksaan kesihatan.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata ramai peniaga pasar Ramadan gagal mematuhi peraturan Jabatan Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memiliki sijil kesihatan dan menjaga kebersihan premis.

Beliau berkata, makanan yang dijual juga dibiarkan terbuka dan dihinggapi lalat menyebabkan jangkitan penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan dan kepialu.

"Mulai tahun ini hingga tahun depan, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM6.5 juta khas bagi memerangi gejala penyakit bawaan air dan makanan di negeri ini.

"Daripada jumlah itu, RM3.8 juta diperuntukkan bagi menyediakan bekalan air bersih kawasan luar bandar dan RM2.1 juta lagi diperuntukkan khas bagi memberi suntikan pelalian terhadap 30,000 pengusaha makanan di seluruh negeri ini mulai tahun depan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas operasi sekitar pasar Ramadan di Chabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin.

Sepanjang operasi mulai jam 3.30 sehingga 6 petang itu, sembilan peniaga masing-masing dikompaun RM250 oleh MPKB kerana tidak memiliki sijil kesihatan dan tidak mendapatkan suntikan pelalian.

Selain itu, tiga peniaga lagi tidak memakai apron serta seorang peniaga tidak memiliki lesen.

Dr Ahmad Razin berkata, peniaga makanan khasnya di bandar ini perlu mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang mematuhi lima ciri.

"Kita kecewa kerana masih ada pengusaha makanan tidak memiliki lesen selain tidak pernah mendapatkan suntikan pelalian walaupun ia diberikan secara percuma Jabatan Kesihatan.

"Oleh itu, jabatan menyokong langkah MPKB mengenakan kompaun serta-merta terhadap peniaga ingkar serta gagal menjaga tahap kebersihan premis. Pemeriksaan mendapati 25 peniaga belum menerima pelalian dan mereka disuntik serta-merta di pasar Ramadan itu," katanya.//Bha 12 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke