RANTAU PANJANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mendakwa segelintir anggota pasukan keselamatan di sempadan ligat membawa masuk bunga api dan mercun sedangkan mereka sepatutnya bertanggungjawab menghalang penyeludupan.
 
Kegiatan itu terdedah selepas Bahagian Pencegahan KDRM Rantau Panjang merampas sejumlah bahan itu yang ditinggalkan seorang lelaki dipercayai anggota keselamatan bertugas di sempadan.

Ketua KDRM Rantau Panjang, Ahmad Fadhil Che Muda, berkata dalam kejadian itu lelaki terbabit sedang bersiap sedia untuk membawa keluar semua bunga api dan mercun daripada pangkalan haram berhampiran Kampung Derdap.

“Hasil pemerhatian dua pegawai Bahagian Pencegahan KDRAM, lelaki terbabit dua kali berulang-alik dari Kampung Derdap ke Kampung Bukit Lata kononnya meninjau keadaan dan cuba elak daripada ditahan.

“Intipan itu dilakukan kira-kira jam 4.40 petang kelmarin. Kami dapat maklumat awam terdapat kegiatan penyeludupan mercun di sebuah pangkalan haram di kawasan sempadan Kelantan-Thailand,” katanya.

Katanya, ketika intipan itu, dua anggota terbabit terserempak dengan seorang lelaki berusia dalam 40-an sedang mengisi pelbagai jenis mercun ke dalam keretanya.

Menurutnya, lelaki itu mula menyedari kegiatannya sudah dikesan dan menghidupkan enjin keretanya serta cuba melarikan diri.

“Dua pegawai kastam terbabit mengejar kereta lelaki terbabit hampir 30 minit sebelum memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan.

“Selepas memberhentikan kereta lelaki itu terjun daripada kenderaan dan melarikan diri dalam semak ,” katanya.

Ahmad Fadhil berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan itu mendapati ia dimuatkan dengan pelbagai jenis mercun dan bunga api termasuk di bahagian penumpang dan but kereta.

“Antara mercun dirampas termasuk mercun bola, das, kapal terbang serta bunga api yang mempunyai kuasa letupan tinggi yang dipercayai buatan China,” katanya.

Ahmad Fadhil berkata, semua bunga api dan mercun dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000 kemudian dibawa balik ke pejabat untuk pemeriksaan lanjut.

“Lelaki itu dipercayai menggunakan kereta rakannya bagi tujuan membawa bunga api dan mercun,” katanya.

Menurutnya, mercun dan bunga api adalah barang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam Larangan Mengenai Impot 1988.

“Siasatan akan dijalankan di atas kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika didapati bersalah boleh dihukum denda RM10,000 atau 10 kali ganda harga yang mana lebih rendah,” katanya.//HM 12 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke