PASIR MAS: Kerajaan negeri kelantan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini membuat pemeriksaan dan penilaian semula terhadap pendawaian elektrik premis perniagaan masing-masing yang disewakan kepada peniaga.
Langkah itu perlu bagi mengelak berulangnya kebakaran berpunca daripada sistem pendawaian elektrik tidak sempurna dan terlalu lama atau berlakunya litar pintas.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Husam Musa, berkata bagi tujuan itu, PBT hendaklah menumpukan kepada premis lama.
Katanya, jika sistem pendawaian premis itu tidak sempurna dan tidak sesuai lagi digunakan, ia hendaklah dibaiki atau ditukar kepada yang baru.
"Semua majlis daerah perlu sentiasa mengambil berat aspek keselamatan termasuk sistem pendawaian elektrik premis milik mereka yang membabitkan ruang perniagaan yang disewakan kepada orang awam.
"Jika ada kerosakan, ia hendaklah dibaiki segera," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kebakaran membabitkan lapan unit premis perniagaan milik Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), di sini, kelmarin.//Bha 13 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
