TUMPAT: Seorang pengetua sekolah agama bersyukur kerana tindakan pantas seorang penjual ikan menyelamatkan rumahnya daripada hangus dalam kebakaran di Kampung Sungai Pinang, dekat sini, pagi semalam.
Saya bersyukur kerana ada orang yang terlihat dan dengan pantas menghubungi pasukan bomba sekali gus mengelakkan rumah saya musnah, kata Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muhammadi, Shafie Ismail, 44, semalam.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kerosakan pam penyedut air hingga menyebabkan 65 peratus rumah banglo milik pengetua terbabit musnah.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, ketika pengetua itu dan isteri keluar bekerja manakala enam anak berusia antara empat hingga 12 tahun pula ke sekolah.
Kebakaran itu disedari seorang peniaga, Ghani Sulong, 49, ketika sedang menjual ikan di gerainya berhampiran banglo berkenaan.
Difahamkan, Ghani segera menghubungi bomba menerusi talian 999 selepas melihat asap menyelubungi kawasan rumah berkenaan.
Menurut Shafie, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan jiran dan ahli keluarga terdekat ketika bertugas di SMA Maahad Muhammadi, dekat sini.
Sejurus selepas itu, saya pulang ke rumah untuk melihat kejadian sebenar dan mendapati sebahagian rumah sudah hangus terbakar.
Dalam kejadian itu juga menyebabkan sebahagian peralatan rumah musnah termasuk di bahagian dapur.
Bagaimanapun, pakaian anak untuk menyambut Aidilfitri yang sudah dibeli dan disimpan dalam almari tidak hangus, katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, akibat kejadian itu juga rumah kosong yang dijadikan stor terletak di belakang rumahnya untuk menyimpan pelbagai barangan seperti periuk belanga dan pinggang mangkuk, turut hangus.
Sementara itu, dua jentera bomba bersama 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan Pengkalan Kubor, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.30 pagi.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Saipu Bahri Mohd Noor, berkata ketika tiba di rumah berkenaan api sedang marak di bahagian bumbung.
Menurutnya, pasukannya mengambil tempoh 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada ke kawasan berhampiran dan api dapat dipadam sepenuhnya sejam kemudian.
Siasatan awal mendapati sebanyak 65 peratus rumah banglo itu terbakar dan menyebabkan kerugian ditaksirkan RM160,000, manakala sejumlah RM40,000 dapat diselamatkan, katanya ketika ditemui di sini, semalam. //HM 13 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
