KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengesahkan air yang dibekalkannya selamat diminum kerana ia hanya mengandungi 1.3 peratus kuman `e-coli' seperti laporan Kementerian Kesihatan menerusi Program Kawalan Mutu Air Minum Kelantan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar negeri, Md Anizam Abd Rahman, berkata AKSB tidak menafikan ada pelanggaran syarat terhadap kandungan mineral seperti bahan besi termasuk ferum dan alumunium.

Bagaimanapun, katanya, sumber air itu masih selamat diminum dan ia disahkan Jabatan Kesihatan negeri yang turut membuat pemeriksaan terhadap kualiti air di setiap Loji Rawatan air secara berjadual setiap minggu.

"Ujian ini adalah rutin yang wajib dlakukan setiap minggu secara berterusan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, penggunaan klorin dalam usaha merawat atau mematikan kuman dilakukan mengikut piawaian disyaratkan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta AKSB.

Md Anizam berkata, mengikut pelanggaran kualiti air bagi tahun lalu kadar bahan besi (ferum) bagi jajahan Kota Bharu termasuk di Loji Perol, Peringat hanya kira-kira satu peratus untuk tempoh sepanjang tahun.//Bha 14 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke