KOTA BHARU: Gara-gara mencari besi buruk, seorang lelaki parah selepas dipukul empat lelaki dalam pergaduhan di Lorong Tok Gading, Jalan Bayam, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa berusia 38 tahun cedera di kening dan siku kiri menerima sembilan jahitan, selain patah betis kanan.
Difahamkan sebelum ini, mangsa yang tinggal di Lorong Kubur Maras, dekat sini, selalu mencari besi buruk di kawasan berdekatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata sebelum kejadian mangsa sedang mencari besi buruk sambil membawa guni di sekitar kawasan berkenaan.
Menurutnya, beberapa minit selepas itu mangsa tiba-tiba dipukul denganbatang paip dan sebatang kayu oleh empat lelaki tidak dikenalinya hingga menyebabkan cedera parah.
Empat lelaki terbabit kemudian melarikan diri, sebelum orang ramai yang melihat kejadian berkenaan menghubungi polis.
Sejurus anggota kami tiba, mangsa didapati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipukul, katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, anggota polis kemudian menghantar mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dekat sini.
Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata, atau cara-cara yang berbahaya.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat, katanya.
Mohd Razalli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung motif sebenar kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya melaporkan segera di balai polis berdekatan, katanya. //HM 14 Okt

Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.