Dua tahun lepas saya pun hampir terkena dgn sindiket ni bilamana saya terima satu email dr seseorg yg mengaku sebagai anak perempuan bekas menteri sebuah negara di Afrika yg kini dipenjarakan. Ada beberapa keping foto disertakan yg entah2 gambar siapa pun saya tak tau. Setelah berutus email beberapa ketika, saya semakin mencurigai niat sebenar pengirim ini. Alhamdulillah saya tidak terpedaya.
 
Tak lama lepas tu pula saya terima beberapa email yg menyatakan email saya terpilih dlm satu lucky draw sbg pemenang tempat kedua dan ketiga. Namun pengalaman rakan2 membentengi diri. Walaupun saya melayan juga email2 sedemikian tapi hanya sekadar utk berseronok. Seronok melihat reply saya tu diberi respon oleh pengirim.
 
Inilah beberapa bentuk penipuan dari beratus2 penipuan atau cara mudah utk dpt wang dr dunia internet. SEKARANG NI DLM EGROUP NI SAYA TERPAKSA MENDELETE BANYAK EMAIL YG MENJANJIKAN KEKAYAAN DLM TEMPOH SINGKAT DGN BERMODALKAN RM30 ATAU RM40. KATANYA BERLESEN. TAPI HALALKAH DR SEGI HUKUM SYARA'??? BUKANKAH INI SEBAHAGIAN DARI PENIPUAN????
 
Bukan senang nak jadi kaya kalau dgn cara yg halal. Fikir2kanlah.....
 

Pensyarah PhD ditipu Black Money RM600,000


KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan berkelulusan doktor falsafah (PhD) kerugian RM600,000 selepas terpedaya dengan tawaran sindiket ‘Black Money’ untuk mewarisi pusaka berjuta-juta dolar milik seorang pemimpin Afrika yang baru meninggal dunia.
Wanita berusia awal 40-an itu menerima e-mel daripada sindiket terbabit, yang mendakwa akan membantu mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di Afrika.

Bagaimanapun, sebagai syaratnya, mereka yang berminat, perlu memperuntukkan sebahagian daripada wang itu untuk kerja amal, selain diberikan kepada anggota sindiket itu.

Mangsa, yang bertugas di sebuah universiti di utara tanah air, juga diminta membeli bahan kimia daripada sindiket itu sebagai persediaan mencuci dolar Amerika yang akan dibawa masuk.

Sumber memberitahu Berita Harian, pensyarah itu, yang bersetuju dengan syarat berkenaan, memberi wang pendahuluan RM100,000 kepada sindiket itu dalam pertemuan mereka di sini.

“Kerana terlalu yakin dan tamak dengan kekayaan yang dijanjikan itu, mangsa sanggup meminjam wang daripada rakannya, juga seorang profesional, sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada sindiket itu.

“Rakannya itu pula, dalam laporan polisnya mendakwa dia mencagarkan rumah dan membuat pinjaman bank bagi membantu pensyarah itu membayar wang pendahuluan itu,” katanya.

Pensyarah itu hanya menyedari ditipu selepas membuat beberapa pembayaran dan lelaki yang mendakwa mewakili pewaris harta memberi pelbagai helah apabila proses membawa keluar wang tidak menjadi kenyataan.

Mangsa dan rakannya itu kemudian membuat laporan polis dan pihak berkuasa menahan seorang lelaki kulit hitam berusia lewat 20-an bersama sejumlah wang.

“Bagaimanapun, sebahagian besar wang yang diserahkan sebelum ini gagal ditemui kerana lelaki itu dipercayai segera melupuskan wang kepada dalang sindiket terbabit,” katanya.

Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai yang menerima emel seperti itu tidak terpengaruh kerana sindiket `Black Money’ bergerak menggunakan pelbagai modus operandi.

“Jika sebelum ini mereka bersemuka dengan orang yang berpotensi menjadi mangsa, kini mereka menggunakan pelbagai taktik, termasuk melalui surat dan e-mel yang bertujuan memerangkap mangsa yang tamak dan berfikiran singkat untuk cepat kaya,” katanya.


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke