PASIR MAS: Kesempitan hidup warga emas, Mariam Salleh, 96, dan anak saudaranya, Zaharah Hussein, 54, mendapat perhatian Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno bahagian ini.

Dua pergerakan itu yang diketuai Ketua Pemuda, Mohd Rosdi Mahmad dan Ketua Wanita, Rita Sarbanon Ismail menyampaikan sumbangan makanan dan wang bagi meringankan beban keluarga itu terutama sepanjang Ramadan ini.

Dalam kunjungan itu, Mariam atau lebih dikenali dengan nama ‘Mak Teh Mariam’ itu turut menjalani pemeriksaan perubatan daripada Pengerusi Biro Kebajikan dan Kesihatan Pemuda Umno, Nik Abdul Aziz Raja Soh.

"Sepanjang hayat, saya mohon pada Allah supaya tak beri keuzuran. Alhamdulillah sudah dibahagikan lengkap kepada saya. Tuhan tak bagi sakit hingga makan pun selalu ada selera.

"Harap-harap tahun ni saya dapat habiskan puasa sebulan... insya-Allah dengan izinNya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, dekat sini, kelmarin.

Kisah hidup Mariam disisih anak dan cucu yang disiarkan Berita Harian mula mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin politik yang bersimpati dengan menghulurkan bantuan.

Mohd Rosdi ketika ditemui, berkata warga emas itu tidak menetap kekal di Kampung Anak Keranji, sebaliknya menumpang untuk tempoh tertentu saja sementara menunggu sanak saudara lain mengambilnya.

Katanya, keperitan hidup wanita itu diharap membuka mata semua pihak terutama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz Wan Jaffar, bahawa di kawasan itu masih ada rakyat hidup tidak terbela.

"Selain Mariam, kita turut bersimpati dengan Zaharah yang tinggal di rumah hampir roboh. Suaminya sudah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu.

"Dia kini bergantung hidup menyara keluarga dengan hasil jualan siput yang dicarinya di sawah dengan pendapatan kurang RM5 sehari," katanya.

Beliau berharap, Wan Abdul Aziz lebih kerap menjenguk penduduk terutama golongan miskin di kawasan tadbirannya supaya diberikan perhatian.//Bha 18 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke