KOTA BHARU: Hasrat seorang suri rumah menambah pendapatan keluarga menjelang Aidilfitri tidak kesampaian apabila bekalan serunding yang memenuhi ruang rumahnya untuk dijual, musnah dalam kebakaran menjelang waktu sahur awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Perol itu, Naemah Che Ngah, 49, dan dua anaknya, Siti Nurulhuda Azmi, 17, serta Siti Nordhiya, 14, hanya tersedar daripada tidur selepas terdengar letupan dari dapur rumahnya.

Naemah berkata, ketika kejadian, mereka bertiga sedang tidur, sebelum tersedar apabila terdengar bunyi letupan akibat kebakaran di ruang dapur.

“Sebaik tersedar, saya membuka pintu bilik sebelum dapati asap hitam memenuhi ruang rumah. Pada masa sama, saya ternampak api menjulang ke bumbung. Saya mengejutkan dua anak untuk keluar menyelamatkan diri.

“Kami merempuh asap hitam itu menuju ke pintu depan untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Naemah berkata, beliau tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda selain daripada kereta dan motosikal yang berada di luar rumah kerana api merebak dengan cepat.

Beliau yang berniaga di pasar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), berkata bekalan serunding dan keropok yang baru dihantar pembekal bernilai kira-kira RM5,000 untuk jualan menjelang Aidilfitri ini, turut musnah.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Johar Idris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.04 pagi dan keluar dengan tiga jentera bersama 23 anggota untuk memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati hampir sebahagian rumah berkenaan sudah terbakar tetapi api dapat dikawal kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, kebakaran rumah terbabit berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian dan kerugian mangsa dianggarkan kira-kira RM40,000.

"Hasil tindakan cepat kita, sebuah rumah dan bengkel bernilai RM150,000 yang terletak berdekatan rumah mangsa berjaya diselamatkan daripada turut musnah dalam kebakaran ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.//Bha 19 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke