KOTA BHARU: Seorang juruteknik yang dalam perjalanan pulang selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri untuk keluarganya maut, manakala seorang bayi perempuan cedera parah di mata akibat pertembungan dua kereta dekat Machang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Kilometer 7.3 Jalan Machang-Tanah Merah itu, Mohd Izran Rozman, 21, yang bekerja sebagai juruteknik di Kuala Lumpur, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan leher.

Bayi berusia sembilan bulan berkenaan cedera parah di kedua-dua belah matanya akibat termasuk serpihan kaca selepas cermin depan kereta bapanya pecah akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Umar Ali Saifuddin Sharifuddin, berkata bayi itu kini dirawat di Hospital Machang (HM), manakala ibu bapa serta abangnya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mohd Izran dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Machang dikatakan terlanggar sebuah kereta di hadapannya.

Katanya, akibat kejadian itu, kereta mangsa terbabas ke kanan laluan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu seorang peniaga berusia 31 tahun bersama isterinya berusia 26, serta dua anak mereka termasuk bayi berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian dia dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas membeli belah keperluan Aidilfitri untuk keluarganya.

“Mayat mangsa dihantar ke HM untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian, manakala bayi itu kini masih dalam rawatan di HM,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Rani Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.14 petang sebelum mengejarkan sebuah jentera dengan tujuh anggota ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengumpil komponen kereta sebelum dapat mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam remukan kereta.//Bha 19 Okt


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke