KOTA BHARU, 19 Okt – Gembira dan hiba itu antara reaksi yang dapat dilihat terpancar di wajah Che Nab Yaacob, 41 selepas menerima sumbangan Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) dan seorang penderma dari Perak.

Kesemua sumbangan itu berupa wang tunai lebih RM1,000 dan hamper disampaikan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim di rumahnya di Kampung Tanjung Chat dekat sini, semalam.

Turut tumpang bergembira di atas sumbangan yang diberi itu, Penghulu Mukim Tanjung Chat, Mamat Awang Lah dan Penghulu Tanpa Mukim DUN Tanjung Mas, Rosnah Mahmud.

Pada September lalu kisah kesukaran hidup yang dialami Che Nab, suami dan 10 orang disiarkan akhbar Harakah. Suaminya, Mohd Ismail Mahmood, 50 mengidap penyakit dan tidak mampu bekerja penat. Pendapatan bulanan sekitar RM300, hasil kerja di bengkel batik.

Manakala anak-anak ke sekolah hanya mampu memikul beg usang tanpa dibekal wang ringgit. Kadang-kadang ketika ada rezeki, anak dibekalkan makanan dari rumah. Ekoran pendedahan itu, ada pembaca bersimpati dan menghulur sumbangan mereka.

Che Nab yang tidak banyak berkata-kata ketika menerima rombongan Adun dan TKH hanya mampu senyum memanjang, lebih-lebih lagi hasrat menyediakan persiapan ala kadar menyambut hari lebaran tidak lama lagi termakbul.

Rumahnya yang kelihatan agak uzur terletak di kawasan rendah dan di tepi belukar. Setiap kali musim tengkujuh, pastinya dinaiki air bah. Tahun lepas air bah mencecah paras paha di atas rumahnya.

Surirumah itu bersyukur dengan rezeki yang diterima biar pun terpaksa berkongsi dengan bilangan anak ramai. Lebih mendukacitakan lagi apabila ada tawaran anaknya untuk mengikuti pengajian di Kolej Jururawat terpaksa dilupakan kerana ketiadaan pembiayaan.

Rohani berharap Che Nab bersabar menghadapi dugaan hidup dan menjadikan halangan yang dihadapi menjadi azimat untuk membaiki kehidupan keluarga pada masa akan datang.

"Biarlah kita miskin harta, kerana harta kekayaan belum pasti akan menjamin kesejahteraan hidup, tetapi sekiranya anak dididik dengan amal soleh, kita akan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat," ujarnya.//Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke