Pasangan yang mempunyai lima anak itu kini menumpang di sebuah kedai kopi yang terletak di tepi Jalan Bayam, Kampung Khatib Ali. Sebelum ini mereka menyewa sebuah rumah di Kampung Pasir, Kubang Kerian, bagaimanapun terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan.
Yassin sebelum diserang angin ahmar bekerja sebagai tukang cat dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari. Namun, selepas diserang penyakit, makan minum keluarganya hanya mendapat ihsan daripada jiran-jiran terdekat.
Bagaimanapun kisah sedih itu mendapat perhatian segera anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah mendapat tahu mengenainya.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan peribadi sebanyak RM500, di samping beberapa keperluan harian.
Selain itu, keluarga Husniza dijangka mendapat bantuan bulanan daripada JKM tidak lama lagi. Dua anaknya yang bersekolah Nor Erniey Liyana,16 dan Mohd Faiz, 14 akan mendapat bantuan bulanan bagi perbelanjaan persekolahan daripada Air Kelantan Sdn Bhd.
Bagi meringankan bebanan keluarga terbabit juga, JKM akan memberikan sumbangan kerusi roda dan kipas angin. Manakala segala bil perubatan tertunggak di Hospital Universiti Sains Malaysia sebanyak RM688 akan dijelaskan Rohani.
Adun Tanjung Mas yang melawat keluarga terbabit bagi kali kedua hari ini berkata, beliau akan melangsaikannya segala bil tersebut nanti. "InsyaAllah, Kak Ani akan selesaikannya nanti," ujarnya.
Husniza yang baru melahirkan cahaya mata kelima, Nur Erika Balqis, 5 Oktober lalu masih lagi dalam keadaan kurang bermaya. Bagaimanapun bayi comel itu diminati pasangan suami isteri yang tidak dikenalinya dengan menawarkan bayaran sagu hati sebanyak RM2,000 baru-baru ini.
"Saya tidak akan menyerah kepada orang lain, biar pun menghadapi kesempitan kewangan sekarang. Saya tidak mahu kehilangan Erika buat selama-lamanya," ujar ibu muda itu.
Husam berkata, beliau mengetahui mengenai penderitaan keluarga itu ketika membaca sebuah akhbar semalam sewaktu berada di Kuala Lumpur.
Manakala bagi pembaca yang bersimpati terhadap keluarga malang tersebut boleh menghulur bantuan di alamat 1329-B, Jalan Bayam, Kampung Khatib Ali, 15200 Kota Bharu atau telefon jirannya, Siti Nor di talian 09-744 8062.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Husam melawat mangsa kebakaran di Kampung Biah Kadok, Naimah Che Ngah, 45 pada tengah hari tadi. Beliau ditemani Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman dan pegawai JKM.
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi kelmarin dikatakan berpunca daripada percikan bunga api tiang elektrik memusnahkan sama sekali rumah mangsa. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Naimah mempunyai lima anak, di mana empat masih bersekolah dan yang sulung bekerja di Pulau Pinang. Manakala suaminya seorang kakitangan kerajaan.
Surirumah itu yang berniaga di Bazar Buluh Kubu berkata, beliau bersama keluarga kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang-barang dalam kejadian tersebut.
Barang-barang jualan dan juga peralatan untuk menyambut Hari Raya Idilfitri kesemuanya hangus. Anggaran kerugian kira-kira RM70,000, ujarnya. JKM memberikan bantuan awal berupa selimut, tikar, biskut dan makanan lain.
Mohd Shukri berkata, beliau akan mengadakan tabung khas bagi mengumpul dana membantu keluarga mangsa. Selain itu, bantuan Tabung Serambi Mekah akan diberi secepat mungkin.//Hrkh
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
