TANAH MERAH: Seramai 50 anak yatim kawasan Parlimen Tanah Merah diraikan pada Program Ikhsan Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama Pemuda Umno di Sekolah Kebangsaan Sri Keleweh, dekat sini, semalam.
Program itu turut disertai penyampaian bantuan zakat oleh Pemuda Umno yang prihatin terhadap nasib anak yatim yang memerlukan pembelaan dan bantuan semua pihak.
Exconya, Mohd Ikhsan Samsuddin, berkata program yang menjadi acara tahunan itu diadakan di setiap bahagian terpilih sepanjang Ramadan.
"Selain Tanah Merah, enam bahagian lain di Kelantan yang menjadi bahagian angkat kepada saya juga akan menjayakan program seumpama ini.
"Kelantan diberi tumpuan kerana sosioekonomi sebilangan besar penduduknya masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain," katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Datuk Hashim Safin dan Ketua Pemuda Umno negeri, Dali Hussein dan wakil ketua pemuda Umno bahagian seluruh Kelantan.
Mohd Ikhsan berkata, walaupun Pemuda Umno, sebuah pertubuhan politik, tanggungjawabnya membantu golongan kurang bernasib baik termasuk anak yatim tidak pernah diabaikan.
Sehubungan itu katanya, bantuan yang dihulurkan membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.//Bha 19 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
