Tindakan tegas polis itu berkuat kuasa sepanjang musim perayaan ini dan ibu bapa diminta mengawasi anak masing-masing
KOTA BHARU: Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan kanak-kanak yang dikesan bermain mercun serta bunga api yang dilarang pihak berkuasa sepanjang musim perayaan ini.
KOTA BHARU: Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan kanak-kanak yang dikesan bermain mercun serta bunga api yang dilarang pihak berkuasa sepanjang musim perayaan ini.
Sejak 11 Oktober hingga kelmarin, polis menahan 20 orang termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 40an kerana dipercayai menjual mercun di sekitar negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata daripada jumlah yang ditahan itu, tiga daripadanya adalah remaja yang sedang bermain dan selebihnya menjual mercun dan bunga api.
Beliau berkata, hasil tangkapan penjual mercun terbabit, setakat ini polis merampas 875 kotak yang mengandungi pelbagai mercun dianggarkan RM10,000.
Katanya, kebanyakan mereka, ditahan di sekitar Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Kota Bharu.
"Kita percaya mercun dan bunga api yang dijual itu diperoleh dari negara jiran sebelum dijual secara terbuka di tepi jalan dan kedai sekitar negeri ini.
"Kebanyakan mereka yang ditahan itu, hasil maklumat orang ramai menerusi Rakan Cops yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa bulan lalu," katanya di sini, kelmarin.
Mohd Razalli berkata, bagi mencegah penyeludupan mercun ke negeri ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sempadan sudah diarah membuat kawalan ketat membanteras kegiatan itu.
"Kita memandang serius kes ini dan mereka yang mempunyai maklumat orang ramai yang bermain mercun supaya melaporkan segera di balai polis berdekatan.
"Ini bagi memudahkan kami mengambil tindakan segera termasuk menahan mereka yang disyaki bawah umur," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Razalli meminta kerjasama orang ramai, khususnya ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing daripada bermain bahan larangan itu kerana ia berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa.//Bha 20 Okt
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
