saya perhatikan polis di pantai timur memang garang2 sikit ngan 
rakyat/orang kampung...tak der berlebih kurang langsung....

--- In [email protected], perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Tindakan tegas polis itu berkuat kuasa sepanjang musim perayaan 
ini dan ibu bapa diminta mengawasi anak masing-masing 
> 
> KOTA BHARU: Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan 
kanak-kanak yang dikesan bermain mercun serta bunga api yang 
dilarang pihak berkuasa sepanjang musim perayaan ini.
> 
> Sejak 11 Oktober hingga kelmarin, polis menahan 20 orang termasuk 
tiga wanita berusia antara 20 hingga 40an kerana dipercayai menjual 
mercun di sekitar negeri ini.
> 
> Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd 
Razalli Mohd Yusof, berkata daripada jumlah yang ditahan itu, tiga 
daripadanya adalah remaja yang sedang bermain dan selebihnya menjual 
mercun dan bunga api.
> 
> Beliau berkata, hasil tangkapan penjual mercun terbabit, setakat 
ini polis merampas 875 kotak yang mengandungi pelbagai mercun 
dianggarkan RM10,000.
> 
> Katanya, kebanyakan mereka, ditahan di sekitar Tumpat, Pasir Mas, 
Bachok dan Kota Bharu.
> 
> "Kita percaya mercun dan bunga api yang dijual itu diperoleh dari 
negara jiran sebelum dijual secara terbuka di tepi jalan dan kedai 
sekitar negeri ini.
> 
> "Kebanyakan mereka yang ditahan itu, hasil maklumat orang ramai 
menerusi Rakan Cops yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
sejak beberapa bulan lalu," katanya di sini, kelmarin.
> 
> Mohd Razalli berkata, bagi mencegah penyeludupan mercun ke negeri 
ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sempadan sudah diarah membuat 
kawalan ketat membanteras kegiatan itu.
> 
> "Kita memandang serius kes ini dan mereka yang mempunyai maklumat 
orang ramai yang bermain mercun supaya melaporkan segera di balai 
polis berdekatan.
> 
> "Ini bagi memudahkan kami mengambil tindakan segera termasuk 
menahan mereka yang disyaki bawah umur," katanya.
> 
> Sehubungan itu, Mohd Razalli meminta kerjasama orang ramai, 
khususnya ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing daripada 
bermain bahan larangan itu kerana ia berbahaya dan boleh 
mendatangkan kecederaan kepada mangsa.//Bha 20 Okt
> 
> 
> 
>               
> ---------------------------------
>  Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke