KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan yakin Kerajaan Pusat akan terus menyalurkan peruntukan sewajarnya kepada negeri ini sebagai memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan Perlembagaan negara.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa masalah dalam penyaluran itu berlaku kerana pihak tertentu dalam Umno Kelantan menghalang usaha Pusat menyalurkan peruntukan terbabit.

Katanya, sebagai negeri dalam Persekutuan, tiada sebab Kelantan disisihkan daripada kemudahan sewajarnya seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.

"Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, dia tiada masalah meluluskan peruntukan. Pernah dia kata, susah nak tangani `budak-budaknya' (cuba sekat peruntukan) yang sepatutnya diterima Kelantan.

"Saya harap perkara yang susah ini tidak berulang lagi di bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas memberitahu pemberita demikian selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Wartawan Kelantan di Hotel Perdana, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed.

Nik Abdul Aziz berkata, sebagai bukti menyekatkan peruntukan, kerajaan negeri terpaksa menunggu lama untuk pinjaman RM600 juta bagi melaksanakan projek bekalan air bersih di negeri ini walaupun sudah lama diluluskan.

"Hanya baru-baru ini, kerajaan negeri menerima RM300 juta daripada Kerajaan Pusat bagi mengendalikan projek itu di seluruh negeri yang sudah dibelanjakan untuk tujuan itu," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Nik Abdul Aziz meminta wartawan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah mengikut peranan dan bidang tugas masing-masing.

Beliau menyifatkan, wartawan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan ulama dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui bidang tugas masing-masing.

"Sebab itu, ulama dan wartawan mempunyai peranan yang sama dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat, yang membezakannya ulama menyampaikan mesej melalui ceramah, manakala wartawan melalui mata pena," katanya.//Bha 21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke