KASIH: Ghani mengusap kepala Mohd Farikie yang
cedera parah di mata kiri di wad Melati,
Hospital Kota Bharu, semalam.
- Gambar oleh Haris Ibrahim

KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Dua nyaris buta sebelah mata terkena letupan mercun bola, ketika melihatnya secara dekat selepas mendapati ia tidak meletup sebaik dibakar.

Dalam kejadian di Kampung Ayer Naga dekat Peralla, Tanah Merah, pada jam 5.30 petang kelmarin, murid Sekolah Kebangsaan Peralla, Mohd Farikie Ghani, cedera parah di mata kiri.

Mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan sebelum menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan serpihan mercun di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), pagi semalam.

Bapanya, Ghani Awang, 42, berkata dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 5.45 petang apabila bapa seorang rakan anaknya itu menghantarnya pulang dalam keadaan berlumuran darah sambil menutup mata sebelah kiri.

“Ketika itu, saya baru hendak keluar mencarinya yang keluar bermain sambil berbasikal sejak jam 5 petang bersama dua rakan berusia enam dan tujuh tahun.

“Saya tidak sangka, dia keluar mencari dua lagi rakannya yang tinggal kira-kira 500 meter dari rumah kami sebelum mereka pergi membeli mercun di sebuah kedai berdekatan.

“Selama ini dia tidak pernah bermain mercun sebab saya sudah melarangnya supaya tidak bermain mercun kerana berbahaya dan mendatangkan kecederaan,” katanya.

Ghani berkata, kejadian itu berlaku apabila anak kedua daripada empat beradik itu cuba melihat secara dekat mercun bola yang dibakarnya tidak meletup.

“Saya segera menghantarnya ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Kota Bharu kerana kecederaan teruk yang dialaminya,” katanya.

Mohd Farikie kini ditempatkan dalam Wad Melati HRPZII selepas selamat menjalani pembedahan pada mata kirinya kira-kira jam 2.15 petang semalam. Keadaannya dilaporkan stabil.

Ghani berkata, beliau kini hanya mampu berdoa agar mata kiri anaknya itu dapat sembuh seperti biasa, walaupun anaknya itu mengadu hilang penglihatan sebaik terkena letupan mercun terbabit.

Ibu mangsa, Siti Fatimah Yaakob, berkata sebelum kejadian, dia memberi wang RM1 kepada anaknya untuk disampaikan kepada abangnya, Mohd Faris, 11, untuk membeli makanan.

“Sebaliknya dia gunakan duit berkenaan untuk membeli mercun dan bermain bersama kawan,” katanya ketika ditemui sementara menunggu pembedahan anaknya selesai, semalam.//Bha 21 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke