KOTA BAHARU, 20 Okt -- Barisan Nasional (BN) Kelantan meminta kerajaan negeri supaya mengadakan perbincangan lanjut dengan pengurusan Felcra, sebelum tanah yang diusahakan oleh rakyat itu diambil balik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata langkah itu perlu bagi menentukan masa depan peneroka yang terlibat, lebih terjamin apabila pengambilan tanah dilakukan.

"Kita harap supaya perundingan itu diteruskan dengan mengambil kira kepentingan semua peserta yang terlibat agar masa depan dia lebih terjamin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen kepada 500 peserta Felca Wilayah Kelantan di sini, Khamis.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menolak perundingan lanjut dengan pengurusan Felcra untuk menentukan masa depan peserta yang kehilangan sumber pendapatan.

"Kalau kerajaan ambil dan untuk agih kepada pihak lain, bagaimanapun pula dengan peserta Felcra yang sekian lama mengusaha tanah itu?, katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini dikatakan akan mengambil balik ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh Felcra di Gual Tambun, Rantau Panjang sejak lebih 20 tahun lepas tanpa memberi alasan yang cukup kepada peserta.

Annuar berkata tanah seluas 500 hektar itu dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan, khusus buat rakyat di kawasan sekitar mengusahakannya secara berkelompok, dengan dikendalikan oleh Felcra.

"Kerajaan pusat telah menyediakan peruntukan besar bagi (membangunkan) tujuan itu, sampai masa Pas hendak ambil balik tanah itu," katanya.//Bernama


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke