Ketika ditemui di rumah di Kampung Kubang Bemban dekat sini pagi tadi beliau kelihatan ceria dan bercerita panjang serta merakam ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak terhadap kesihatannya.
Rakyat di kawasan DUN Pengkalan Pasir usah risau dengan keadaan kesihatan saya. Kini keadaan saya semakin beransur pulih selepas menjalani rawatan pakar dan tradisional.
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang datang menzirahi terutamanya Menteri Besar sudah tiga kali datang bertanya khabar, katanya.
Menurutnya, beliau dikesan menghadapi penyakit tersebut ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ) II pada Julai lalu bagi mengubati penyakit batu karang dan gestrik. Sedangkan sebelum itu beliau tidak mengetahui ada tanda-tanda menghidapi penyakit kanser.
Bagaimanapun selepas berada di wad, bahagian matanya kelihatan kuning dan pakar perubatan menganalisis serta mengesahkan beliau dijangkiti kanser hati.
Selepas itu beliau menjalani rawatan pakar di Hospital Selayang, Sri Kota Medical Centre di Klang dan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dirawat di Hospital RPZ II selama sebulan, kemudian berpindah kepada Hospital Selayang selama seminggu.
Wan Abdul Aziz kini dirujuk kepada pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, untuk mendapat rawatan lanjut.
Keadaan kuning yang kelihatan sebelum ini pada badan saya juga sudah banyak berkurangan. Bagaimanapun saya masih kurang bertenaga kerana masih kurang berselera makan.
Saya berharap semua rakyat berdoa supaya kesihatan saya kembali pulih seperti biasa untuk membolehkan berkhidmat kepada mereka, katanya.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat. Sebelum itu berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang.
Tugasnya sebagai wakil rakyat sekarang dikendalikan ramai pembantu di Pejabat Khidmat DUN Pengkalan Pasir yang diketuai Cikgu Noor. Penduduk miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal (armalah) tetap diberi bantuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Manakala pada 1 November ini, seramai 90 lagi penduduk miskin akan menerima bantuan serupa. Wan Abdul Aziz dikenali di kalangan rakyat tempatan antara wakil rakyat yang cakna dan sentiasa berada dalam linkungan masyarakat.
Beliau adalah orang yang paling awal sampai apabila berlaku musibah kepada rakyat di kawasan DUN Pengkalan Pasir. //Hrkh
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
| Florist malaysia | Malaysia hotel | Kelantan |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
