PENGKALAN CHEPA, 24 Okt – Pentadbiran PAS di Kelantan adalah di antara model kerajaan Islam di Asia Tenggara yang sering menjadi rujukan kepada gerakan Islam di seluruh dunia sekarang.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sehingga kini belum ada gerakan Islam di negara-negara lain di rantau ini yang mentadbir sebuah kerajaan.

“Perkara yang menjadi asas kepada rujukan tersebut kerana kita melaksanakan pentadbiran berasaskan kepada al Quran dan Hadis. PAS di Kelantan adalah segala-galanya. Dia juga sebagai anak bongsu, dia juga sebagai anak sulung, anak perempuan dan anak lelaki.

“Semua harapan disandarkan kepada Kelantan. Biar pun ada pihak yang cuba khianat, namun kita tetap dengan pendirian merujuk kepada Islam sebagai asas dalam pentadbiran,” katanya pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Putik, kelmarin.

Pembentangan kertas kerja pada munaqasyah itu dilakukan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib dan pengulasnya, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusof Rawa.

Hadir sama pada program sehari itu, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ahmad Yakob, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Takiyuddin Hassan dan Bendahari, Dr Mohd Izani Hussin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kerajaan Pusat turut melibatkan sama soal halal dan haram dalam pentadbiran kerajaan sekarang, selepas melihat kejayaannya di Kelantan.

Ahmad berkata, beberapa tindakan awal perlu dilakukan bagi mempertahankan kemenangan kerajaan Islam di Kelantan sekarang.

“Apabila kemenangan itu dapat dipertahankan, ia dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi melebarkan sayap perjuangan Islam. Kejayaan kepada perjuangan itu sudah mulai kelihatan apabila Umno terpaksa mencipta Islam Hadhari bagi menyaingi Islam diperjuangkan PAS,” ujarnya.

Harun pula berkata, cara-cara bagi mempertahankan kemenangan gerakan Islam di Kelantan perlu dibincangkan secara panjang lebar semua anggota parti.

Menurut Mujahid era kepemimpinan ulama mulai berlaku pada 1983 selepas Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi PAS diwujudkan.

“Sedangkan sebelum itu dalam PAS sudah ada Dewan Ulamak yang dianggotai ulama-ulama, namun ia tidak menjadi badan tertinggi dalam PAS. Selepas diwujudkan Majlis Syura Ulama baru dikenali sebagai kepemimpinan ulama.

“Dahulu perjuangan PAS lebih mirip kepada nasionalisme dan ulama tidak mendapat kedudukan tertinggi seperti sekarang,” katanya.//Hrkh


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke