KOTA BHARU, 25 Okt - Kadar indeks jenayah di jajahan Kota Bharu sehingga bulan ini menurun sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan, SAC 1 Zulkifli Abdullah.
Beliau berkata, sasaran pihak Polis Kelantan sehingga akhir tahun ini di jajahan tersebut mengurangkan kadar jenayah sebanyak 11 peratus. "Dalam tempoh tersebut juga sebanyak 45 peratus kes jenayah berjaya diselesaikan. Bagaimanapun Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu diminta menumpukan perhatian terhadap laporan yang diterima daripada orang ramai terutamanya berkaitan masalah remaja yang menunggang motosikal. "Banyak aduan yang diterima mengenai masalah remaja yang menungang motosikal. Kita mahu pastikan mereka tidak melanggar undang-undang, di samping menjaga keselamatan orang ramai," katanya pada majlis berbuka puasa IPD Kota Bharu, baru-baru ini. Turut hadir pada majlis itu, anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa, Adun Melor, Azmi Ishak, Ketua Polis Daerah Kota Bharu dan ketua- ketua balai polis berdekatan. Zulkifli juga berharap bekas-bekas anggota polis memainkan peranan membantu masyarakat melalui pengalaman yang dimiliki dalam masalah berkaitan jenayah. "Pihak polis juga berharap mendapat maklum balas dari semua pihak dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sekarang. Untuk itu kami memerlukan maklum balas dan sokongan termasuk daripada kerajaan negeri," katanya. Selain itu, beliau berkata, orang ramai boleh menyalur sebarang maklumat kepada pihak polis melalui `Rakan Cop' atau menghantar SMS dengan menaip `poliskn (jarak) aduan' dan hantar ke 32728.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
