KOTA BHARU, 25 Okt – Ketika pemimpin Umno mendabik dada dengan 
pelbagai bantuan kepada penduduk miskin yang diurus melalui agensi 
kerajaan Pusat, namun 18,000 anak yatim dan ibu tunggal pula mendapat 
pembelaan kerajaan negeri. 

Mereka menerima bantuan berjumlah RM2.7 juta sempena sambutan Hari 
Raya Aidilfitri tidak lama lagi di bawah program dinamakan 
sebagai `Ramadan Karim'. 
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, setiap 
DUN menerima peruntukan sebanyak RM60,000 untuk diagih kepada anak 
yatim dan ibu tunggal. 

"Beberapa program khusus disusun bagi program penyampaian bantuan 
tersebut yang diadakan bersekali dengan majlis berbuka puasa. 
Misalnya pada 28 Oktober di Pasir Mas, Kuala Krai (30 Oktober) dan 
Kota Bharu (31 Oktober)," katanya selepas majlis penyampaian bantuan 
kepada mangsa-mangsa banjir di Dewan Jubli Perak sini, hari ini. 

Sebelum ini ada pihak menuduh kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa 
bagi membantu penduduk miskin dan meletak tanggungjawab itu kepada 
kerajaan Persekutuan.

Ketua Umno Bahagian Tumpat, Dato' Noor Zahidi Omar dilaporkan 
berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya meletak tanggungjawab 
membantu rakyat miskin kepada Barisan Nasional 100 peratus kerana 
Umno bukan kerajaan yang memerintah.

Menurut Husam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri juga tidak 
ketinggalan menyediakan peruntukan khusus bagi membantu golongan 
fakir miskin. 

Misalnya Kompleks Perkayuan Kelantan anak syarikat Perbadanan 
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM315,000 
bagi tujuan itu. 

Manakala syarikat Air Kelantan Sdn Bhd menyediakan peruntukan 
sebanyak RM13,800 untuk diagih kepada 230 fakir miskin. Selain itu, 
Raja Perempuan Kelantan juga akan mengurniakan zakat kepada 800 
penduduk miskin di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

Husam juga berkata, mangsa-mangsa banjir akhir tahun lepas yang tidak 
mendapat bantuan kerajaan Pusat akan menerima bantuan di bawah 
peruntukan negeri berjumlah RM1.3 juta.

"Seramai 8,686 penduduk dari lima jajahan disenaraikan menerima 
bantuan tersebut yang diagih mulai semalam bermula di Jeli, diikuti 
Kota Bharu hari ini, Kuala Krai dan Tanah Merah 30 Oktober serta 
Pasir Mas pada 1 November," katanya.

Menurut beliau keseluruhan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri 
bagi membantu penduduk miskin, anak yatim, armalah dan mangsa banjir 
sebanyak RM4.4 juta. //Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke