RANTAU PANJANG: Hajat seorang bapa untuk makan sate pada Aidilfitri nanti tidak menjadi kenyataan apabila dia terbunuh selepas motosikalnya dirempuh sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran negara jiran di Kampung Baru di Lubuk Stol, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa, Idris Wan Junoh, 57, membawa isterinya, Zaharah Ali, 57, untuk menempah baju kurung di Kampung Kubang Rambutan.

Baju kurung yang ingin ditempah itu adalah untuk isteri dan anak bongsunya, Norasyikin, 16, untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

Anak sulung mangsa, Izmaliana, 27, berkata ibu dan bapanya tidak boleh berenggang kerana mereka berdua akan pergi bersama-sama termasuk untuk menoreh getah berhampiran rumahnya.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa ayahnya pada malam kejadian dan bergegas pulang ke kampungnya kerana bekerja di sebuah kilang di Johor.

“Saya menelefon ayah pada hari Khamis lalu dan dia menyatakan keinginan untuk makan sate yang saya buat pada Aidilfitri nanti. Malah, dia ingin makan banyak-banyak sate itu.

“Saya terkilan dan sedih apabila teringat kata-kata yang diluahkan itu kerana dia memang suka sate yang saya buat,” katanya.

Menurut Izmaliana, dia tidak menyangka perbualan dengan ayahnya itu adalah kali terakhir dia mendengar suaranya.

Manakala isteri Idris, Zaharah berkata, dia dan suaminya dilanggar motosikal bernombor pendaftaran Thailand ketika suaminya hendak keluar dari satu lorong berhampiran rumah saudaranya.

“Saya jatuh di bahu jalan manakala suami saya jatuh bersama-sama motosikal itu, menyebabkan dia cedera di bahagian badannya manakala saya mengalami kesan lebam dan luka di kepala,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiandibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapat rawatan pesakit luar manakala suaminya dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
//HM 26 Okt


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke