KOTA BHARU: Seorang pelakon wanita dan tiga krew sebuah syarikat produksi drama ditahan polis kerana disyaki menyalahguna dadah di sebuah rumah penginapan di Kubang Kerian, awal pagi semalam.
wanita ditahan
reman selama
enam hari.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, polis turut merampas dua bungkusan dipercayai ganja.
Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintendan Zaaba Budin, berkata pelakon itu yang juga bekas pengacara rancangan hiburan bercorak remaja dan tiga krew berkenaan, kini ditahan reman selama enam hari mulai semalam.
Pelakon berusia 24 tahun itu dikatakan berada di negeri ini bagi menjalani penggambaran drama bersiri sejak awal Ramadan.
Zaaba berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda.//Bha 26 Okt
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
