KOTA BHARU-BRI, 25 Okt.: Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM4.1 juta untuk diagihkan kepada mangsa banjir, golongan fakir miskin, armalah (janda) dan anak yatim sempena Aidilfitri ini.

Husam Musa (kiri) menyampaikan bantuan kepada sebahagian daripada 1,972 mangsa banjir 2004 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Husam Musa berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.3 juta untuk mangsa banjir dan selebihnya untuk anak yatim dan armalah.

"Sempena bulan puasa dan Aidilfitri tahun ini kerajaan negeri Kelantan memperuntukkan RM4.1 juta bagi membantu golongan fakir miskin, armalah (janda) dan anak yatim," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada 1,972 mangsa banjir di jajahan Kota Baharu, di sini Selasa.

Sebanyak 8,686 mangsa banjir di lima jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, masing-masing akan menerima bantuan RM150, katanya.

"Seramai 62 di Jeli sudah menerima sumbangan wang tunai itu semalam manakala 4,011 mangsa banjir di Kuala Krai akan menerima sumbangan itu pada Ahad ini," katanya.


Sementara seramai 2,071 mangsa banjir di Tanah Merah juga akan menerima sumbangan itu pada Ahad ini manakala 570 mangsa banjir di Pasir Mas akan menerimanya pada 1 Nov, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM60,000 diperuntukkan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu sebanyak RM30,000 untuk sumbangan kepada golongan armalah dan selebihnya untuk anak yatim. Terdapat 45 DUN di Kelantan.

Katanya dijangkakan kira-kira 18,000 golongan armalah dan anak yatim akan menikmati faedah itu. //sumber BERNAMA
 


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke