KOTA BHARU, 26 Okt  – Kelantan dianggap pelopor kepada kewujudan 
institusi kewangan Islam di negara ini, apabila bertindak memindahkan 
akaun kerajaan negeri daripada bank konvensional kepada Bank Islam 
ketika mengambil alih teraju negeri ini pada 1990. 

Ekoran itu, institusi kewangan Islam terus berkembang sehingga lahir 
kaunter-kaunter perbankan Islam di bank konvensional di seluruh 
negara. 
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, 
tindakan kerajaan negeri memindahkan akaun ke Bank Islam menyebabkan 
seramai 13 pegawai dari pelbagai bank datang merayu supaya tidak 
dipindahkan wang dari bank mereka. 

"Mereka datang berjumpa saya dan membuat rayuan agar kerajaan negeri 
tidak akan mengeluarkan wang simpanan dari bank mereka," katanya 
ketika merasmikan Pusat Pemasaran RHB Islamic Bank Kota Bharu, di 
sebuah hotel di sini, petang semalam.

Bagaimanapun kata beliau, rayuan berkenaan ditolak dengan alasan yang 
kukuh sehingga akhirnya pihak terbabit terpaksa akur dengan keputusan 
itu.

"Pertama sekali saya sebagai ketua kerajaan ingin tepati janji saya 
kepada rakyat bahawa perjuangan Islam yang kami dokongi tidak akan 
bersekongkol dengan institusi bank yang berasaskan riba.

"Keduanya setiap tahun PAS mengadakan muktamarnya, jadi saya tidak 
mahu ahli-ahli parti mempersoalkan kenapa saya masih menggunakan 
institusi kewangan yang tidak berlandaskan Islam," ujarnya.

Tegas beliau apa yang dilakukan dalam pentadbiran negeri adalah untuk 
mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Beliau berkata, ekoran ketegasan kerajaan negeri memilih bank 
berteraskan Islam menyebabkan banyak institusi kewangan konvensional 
turut menggunapakai kaedah tersebut. 

Beliau berharap kelahiran insitusi kewangan Islam akan memberi 
peluang yang lebih luas pada rakyat berurusan dan tidak membiarkan 
mereka dihimpit sistem riba.

"Saya ingin sekali mengucapkan tahniah di atas perubahan yang ada ini 
dan berharap semoga RHB Islamic Bank terus unggul sebagai institusi 
kewangan yang berdaya maju terulung di negara ini," ujarnya.

Menurutnya, bersesuaian Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar Raya 
Islam beliau berharap RHB menjadi pemangkin perkembangan ekonomi 
Islam dalam urusan perbankan.

Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama kepada mana-
mana institusi kewangan bagi meningkatkan prestasi perbankan Islam.

Pengerusi RHB Islamic Bank, Vasihar Hassan Abdul Razak berkata, RHB 
Islamic Bank merupakan institusi kewangan berteras Islam pertama 
mempunyai gabungan ahli lembaga syariah dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, perkembangan ini amat penting memandangkan setiap produk 
yang bakal dikeluarkan perlu menepati isu-isu tempatan dan 
antarabangsa. Beliau juga turut berkeyakinan rakyat di negeri ini 
akan terus menyokong perbankan Islam selaras dengan aspirasi kerajaan 
negeri untuk `Membangun Bersama Islam'.

Katanya juga, RHB Islamic Bank melihat Kelantan sebagai pusat 
perniagaan yang berpotensi besar. "RHB Islamic Bank mula beroperasi 
pada 16 Mac lalu, ini bermakna usia bank ini baru tujuh bulan. Biar 
pun masih baru namun ia memiliki pengalaman lebih 12 tahun dalam 
perbankan Islam.

"Bank ini juga merupakan pemain penting dalam industri perbankan 
Islam tempatan sejak pengenalan skim perbankan Islam diperkenalkan 
Bank Negara pada tahun 1993," ujarnya.
//Hrkh






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke