Angka rasmi dan angka yang disiarkan media bersimpang siur dan 
bertentangan antara satu sama lain. 

Oleh KHIER ZAHRIE 

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Sungguh mengelirukan. Amat memalukan. 
Bagaimana statistik yang dibuat oleh kerajaan kemudiannya disanggah 
oleh kerajaan sendiri. Semasa Umno/BN menghentam pembangkang 
khususnya Kerajaan PAS di Kelantan, isu kemiskinanlah yang menjadi 
modalnya. 

Kerajaan PAS Kelantan didakwa tidak melakukan apa-apa untuk 
membebaskan kemiskinan rakyatnya. Rakyat Kelantan makin miskin di 
bawah pemerintahan PAS. Bahkan tuduhan sehingga kepada seolah-olah 
yang menjadikan rakyat miskin itu adalah kuasa dan hasrat PAS. 

Inilah sikap bebal dan babilnya Umno/BN. Semua jari yang ada di 
tangan mereka menghalakan kepada PAS yang menjadi penyebabnya rakyat 
menjadi miskin. 

Di masa yang sama, yang mampu membasmi kemiskinan adalah UMNO/BN 
sahaja. Samada semasa kerajaan Pusat di pimpin oleh Dr Mahathir 
mahupun Abdullah Badawi atau kalau ditoleh ke belakang lagi mahupun 
Perdana Menteri yang sebelumnya dan sebelumnya. 

Apa sudah jadi dengan statistik kemiskinan mengikut negeri-negeri 
yang menjadi senjata paling tajam yang selalu digunakan dalam 
peperangan isu antara UMNO/BN dengan PAS/BA. Senjata yang diagung-
agungkan oleh pemimpin Umno/BN, sekarang ini terserlah dengan 
memuntahkan segala kecelaruan dan kekeliruannya. 

Di kawasan Parlimen Pekan, yang menjadi wakil rakyat adalah Timbalan 
Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, didapati 
jumlah orang miskin yang mendiami kawasan tersebut adalah seramai 
1,047 orang. Dengan tidak mengubah walaupun sehuruf perkataan, 
BERNAMA melapurkan "Terdahulu, Najib yang juga anggota Parlimen 
Pekan, menyampaikan bantuan sumbangan kepada 1,047 penduduk miskin 
daerah Pekan".(22 Oktober, 2005 14.42 PM) 

Sekiranya, inilah yang terjadi dan benarlah sebagaimana lapuran 
BERNAMA, maka betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang menimpa 
rakyat dan bangsa Melayu di Pekan yang bukan sahaja mempunyai 
Timbalan Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka akan tetapi 
pernah juga mempunyai Perdana Menteri. 

Apakah sebab "bala jentaka"nya sehingga kemiskinan Bandar D'Raja itu 
tidak mampu dihapuskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana 
Menteri. 

Kalaulah Pekan yang pernah mempunyai dua orang yang berada di 
peringkat "kayangan" itupun tidak mampu untuk membasmikannya, maka 
apalah taruhan dan harapan nasib rakyat yang ada di Kelantan kerana 
mereka tidak ada Perdana Menteri dan Timbalannya. 

Angka 1047 orang bukanlah sedikit. Dan dirasakan mungkin lebih 
daripada itu jumlah sebenarnya. Mengikut statistik 2002/2003 yang 
dikeluarkan kerajaan, di Pahang hanya mempunyai 1714 orang sahaja 
yang miskin. 

Bererti setelah ditolak orang miskin dari Pekan, hanya tinggal 
seramai 697 orang sahaja lagi bagi 13 parlimen(Pahang ada 14 
parlimen). Sekiranya dibahagi sama rata 697 orang itu kepada setiap 
parlimen maka jumlahnya adalah seramai lebih kuang 53 orang sahaja 
yang miskin di setiap parlimen. Benarkah begitu???? Wallahu A'lam. 

Walau bagaimanapun Pahang bukanlah sebuah negeri yang disenaraikan 
sebagai maju. Pahang sama sahaja dengan Sabah, Kelantan, Kedah, 
Terengganu, Perlis dan Sarawak. 

Di utara, mengikut statistik pada tahun yang sama Perlis mempunyai 
822 orang miskin. Mungkin betul dan benar kerana Perlis negeri kecil. 
Sudah tentu apabila negeri kecil maka rakyatnyapun sedikit. Apatah 
lagi Exconya hampir sama ramai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri. 
Boleh jaga rakyat dengan begitu teliti sekali. Apatah lagi Menteri 
Besarnya juga seorang yang aktif??. 

Walau bagaimanapun, semuanya macam kisah seribu satu malam. Macam 
angan-angan Mat Jenin. Akhbar Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi 
Utara melapurkan, tanpa prajudis 

"Shahidan berkata, kira-kira 40,000 penduduk miskin akan menerima 
bantuan kerajaan negeri pada Ramadan ini dan sumbangan itu dilakukan 
secara berperingkat". 

Jumlah 40,000 orang bukan 40 orang!! Tidak tahulah kalau-kalau 
Shahidan tersalah sebut atau wartawan tersalah lapur. Harap-harap 
begitulah. Sebab sukar mempercayai antara angka yang dinobatkan di 
dalam statistik negara dengan apa yang berlaku di Perlis. Sungguh 
menyayat hati sekali. Walau bagaimanapun diingatkan sekali lagi 
bahawa Perlis juga bukan dikategorikan sebagai negeri maju. 

Akan tetapi, terkejut dan amat terkejut sekali apabila negeri yang 
diistiharkan negeri maju seperti Selangor akhirnya "melondehkan 
kainnya" apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) dalam websitenya 
mendedahkan bahawa tanpa syak wasangka 

"Shah Alam – Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah memperuntukkan 
bantuan sebanyak RM7,418,750 kepada asnaf fakir dan miskin serta anak 
yatim sempena persiapan Ramadhan dan Syawal tahun ini. 

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,834,800 diperuntukkan kepada 
9,909 orang asnaf miskin dan RM392,250 kepada 529 orang golongan 
fakir. Manakala anak yatim fakir miskin pula diperuntukkan sebanyak 
RM191,700. 

Sabak Bernam merupakan daerah yang paling tinggi menerima peruntukan 
iaitu sebanyak RM5.1 juta yang melibatkan 2,453 orang miskin diikuti 
daerah Hulu Langat sebanyak RM1.050 juta untuk 1563 orang dan Kuala 
Selangor berjumlah RM1.095 juta untuk 1563 orang fakir dan miskin". 
Tajuk Berita: PZS (MAIS) Agih RM7.4 juta sempena Ramadhan dan Syawal 

(Tarikh: 06/10/2005 Penulis: zool; http://www.e-zakat.com.my/). 

Terkedu hati dan terkelu lidah. Lemah seluruh anggota badan. Bahasa 
yang macam mana lagi mahu diungkapkan Bagaimana mahu dibuat 
penjelasan terhadap apa yang di lapurkan oleh PZS itu. Apakah 
institusi agama itu sanggup membohongi kenyataan sebenar? Atau 
siapakah yang sebenarnya berbohong?. PZS kah atau Khir kah atau 
statistik negarakah?. 

Dengan apa yang dicatatkan oleh Daftar Profil Miskin Tegar 2002/2003 
Mengikut Daerah, Bahagian PK, KKLW, Selangor hanya mempunyai seramai 
489 orang miskin sahaja. Siapa yang benar dalam hal ini. Sekali lagi 
Wallahu A'lam. 

Menurut sumber Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2004, 
dimana pertanyaan mulut daripada Y.B TUAN LIM CHOON KIN (DAMANSARA 
UTAMA), mengenai orang miskin di Selangor mengikut daerah adalah 
seperti berikut: 

DAERAH JUMLAH PENDUDUK MISKIN

Sabak Bernam 799
Kuala Selangor 618
Hulu Selangor 705
Petaling 345
Gombak 545
Kuala Langat 510
Hulu Langat 192
Sepang 356
Klang 319
JUMLAH KESELURUHAN 4,389

Apapun alasannya, Kerajaan Kelantan dan rakyatnya tidak perlu 
bersedih di atas segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada 
mereka baik dari pemimpin Umno di luar mahupun pemimpin Umno di dalam 
negeri sendiri. Kalau diambil kira dengan hujah Pak Pandir "bukan 
anak aku sorang mati, anak orang lainpun mati juga" sudah cukup 
menggambarkan segala-galanya. 

Mengikut Satistik 2002/2003, Kelantan mempunyai isi rumah miskin 
seramai 12,826 orang. Akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan 
negeri maju seperti Selangor yang orang miskinnya berjumlah 10,043 
orang apalah sangat gahnya pemimpin Umno Selangor. Kadar zakat 
fitrahpun sama sahaja Kelantan dengan Selangor iaitu RM4.70. Apalah 
hebat sangatnya negeri yang dipimpin oleh Umno jika dibandingkan 
dengan negeri yang dipimpin oleh PAS. 

Begitu juga dengan Sabah yang sering menjadi negeri contoh dalam 
ceramah-ceramah pemimpin Umno Kelantan kerana kemajuannya hasil dari 
BN memerintah. Menurut sumber Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi 
Sabah & Sarawak, orang miskin tegar sahaja sudah berjumlah 20,000 
orang. Tidak termasuk lagi dengan yang dikategorikan sebagai miskin. 

Siapa yang harus dipersalahkan tentang statisti yang bercelaru ini. 
Pemimpin Umno Kelantan, Selangor, Pahang dan Perlis perlu menilai 
semula sikap "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar" 
yang bersarang dalam benak hati mereka. 

Walau bagaimanapun itulah hakikat sebenarnya. Bukan mencari kesalahan 
sesiapa cuma memohon sedikit keikhlasan dalam percakapan dan 
berhujah. Mungkin juga di masa-masa akan datang sesuatu yang bersabit 
dengan statistik perlu diperhalusi tanpa mempunyai agenda politik dan 
kepentingan parti. 

Yang hitam katalah hitam dan yang putih sebutlah putih. Buai laju-
laju sampai pokok sena, janganlah rasa malu, sekiranya kita sendiri 
yang kena". //Hrkh 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke