KOTA BHARU, 26 Okt Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB - BRI) memerlukan sekitar RM110,000 sepanjang cuti perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilftri ini bagi menjaga kebersihan bandar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan itu bagi membayar sewa jentera, lori dan upah perkerja kontrak untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. "Bagi tujuan itu kerajaan negeri telah meluluskan RM55,000 kepada MPKB BRI dan selebihnya daripada peruntukan majlis perbandaran itu sendiri," katanya selepas mesyuarat Exco hari ini. Beliau juga berkata, bermula Ramadan tahun ini, MPKB BRI tidak membenarkan peniaga berniaga di dalam kawasan bandar bagi memastikan kebersihan lebih terjaga. "Semua peniaga sementara berniaga di tempat khas di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sehingga jam 1 pagi," katanya. Beliau berkata, peniaga di kawasan terbabit disediakan plastik tempat membuang sampah dan pekerja MPKB BRI akan mengutipnya secara berkala. Manakala peniaga yang tidak menjaga kebersihan akan dikenakan kompaun segera. "MPKB menempatkan seramai 20 penguatkuasa yang berpakaian biasa bagi memantau perkara tersebut. Ini bagi langkah pencegahan supaya peniaga menjaga kebersihan," ujarnya. Sementara itu, Takiyuddin juga berkata, pada mesyuarat Exco hari ini kerajaan negeri bersetuju meluluskan tanah seluas 100 ekar kepada Kolej Unversiti Twintech di Machang.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
