KOTA BHARU, 27 Okt – Membaca berita `Hero Asia kini menganggur' 
membuat banyak pihak melahirkan rasa terkeliru kerana pemuda yang 
begitu berjasa itu dibiarkan bersendirian tanpa sebarang pembelaan. 

Lebih-lebih lagi majikan tempat kerjanya sebelum ini, Nepline Delima 
yang sepatutnya banyak berhutang budi di atas pengorbanan tinggi 
Mohamad Hamid, 28 menyelamatkan kapal daripada dilarikan lanun pada 
14 Jun lalu. 
Malah lebih menarik lagi apabila majalah Time keluaran 10 Oktober 
lalu menyiarkan rencana khas mengenai Mohamad. Wira itu disamakan 
taraf dengan pengasas akhbar harian Kemboja, Benard Krisher, pemain 
tenis India, Sania Mirza dan pemain bola sepak Manchester United, 
Park Ji Sung. 

Biar pun bekas majikan dianggap kurang memberi perhatian, namun 
penduduk kampung dan Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman tetap 
prihatin terhadap nasib anak muda Kampung Biah, Kadok itu.

Selepas Mohamad menyelamatkan kapal Nepline Delima beliau diraikan 
pada majlis solat hajat yang diadakan di Masjid Batu 8 Kampung, yang 
dihadiri ratusan penduduk tempatan. Pada majlis itu, Adun Kadok 
menyampaikan cenderahati kepada Mohamad. 

Turut diraikan ayah kepada Mohamad, Hamid Mat Hassan, 64 dan penduduk 
kampungnya. Manakala pagi tadi, Mohd Shukri membawa hampel dihadiah 
kepada Mohamad sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi.

"Saya sentiasa berkunjung ke rumahnya untuk bertanya khabar. Malah 
sebelum ini cuba berusaha mencari pekerjaan yang sesuai kepadanya. 
Namun sehingga kini belum lagi diketemui.

"Insya Allah kalau ada rezeki mungkin ada kerja yang sesuai untuknya 
dan beliau tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari rezeki," katanya.

Pada 14 Jun lalu Mohamad menyelamatkan rakan-rakan dan kapal Nepline 
Delima yang memuat minyak bernilai RM12 juta, ketika sedang dalam 
pelayaran ke Myanmar. Keberaniannya dan tidak mudah panik berdepan 
dengan suasana cemas, akhirnya menyebabkan 10 lanun berjaya ditangkap.

Baru-baru ini sebuah akhbar pada tajuk kecil di muka satu menyiarkan 
tajuk `Hero Asia kini menganggur' dan sehari selepas itu, `Hero Asia' 
tolak tawaran Nepline Delima bekerja di atas kapal.

Mohamad ketika ditemui sebelum ini memberitahu tidak lagi berminat 
bekerja di atas kapal kerana khuatir akan diintip lanun yang 
dipercayai mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain Persatuan India Muslim 
Cawangan Kelantan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Menteri 
Besar di Dewan Jubli Perak MPKB BRI petang semalam.

Lebih 100 ahli persatuan itu hadir termasuk pengerusi persatuan 
terbabit, Haji Thasleem Mohd Ibrahim. Hadir sama anggota Exco, Abdul 
Patah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB BRI, Haji Abdul Aziz Abdul 
Rahman. 

Manakala petang ini, anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah meraikan 
wartawan pada majlis berbuka puasa di Perdana Resort. Petang esok 
pula majlis penyampaian bantuan kepada penduduk miskin akan diadakan 
di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. 

Manakala pada sebelah malamnya bertempat di Mini Stadium Pasir Mas, 
Majlis Tindakan Rakyat Kelantan akan mengadakan program 'makan colek 
perdana' bermula jam 9.30 malam. Colek bernilai RM10,000 disediakan 
kepada orang ramai. //Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke