KOTA BHARU, 27 Okt - Pihak Pengurusan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam 
(Pasti) Kelantan akan mempertingkatkan kemahiran komputer dan bidang 
akademik tenaga pengajarnya mulai tahun depan. 

Setiausaha Pasti Negeri, Zuraiddin Abdullah berkata, bersesuaian 
dengan perkembangan semasa, tenaga pengajar Pasti perlu didedahkan 
dengan ilmu-ilmu berkaitan matematik, sains dan komputer.
"Bidang ini cukup penting memandangkan komputer menjadi keperluan 
dalam sistem pendidikan zaman sekarang. Selain itu, Pasti tetap 
mengenakan yuran bulanan bagi setiap pelajar kerana ia sebahagian 
pendapatan tenaga pengajarnya.

"Apa yang kita perlu kita buat di samping mengajar anak-anak dengan 
sukatan biasa, guru-guru Pasti juga boleh menunjuk ajar pengetahuan 
asas mengenai komputer," katanya pada majlis konvokesyen Pasti 
Parlimen Kota Bharu, di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Zuraiddin berkata, biar pun Pasti berhadapan pelbagai saingan dari 
pelbagai pendidikan prasekolah, namun masyarakat tetap memilih 
sekolah terbabit memandangkan pembelajarannya ternyata berkesan. 

Menurutnya, kemahiran menghafal pelbagai doa menjadi kelebihan kepada 
anak-anak kelas Pasti. 

Beliau juga berkata, mulai tahun depan Pasti negeri mencari dana bagi 
membaikpulih bangunan-bangunan Pasti tertentu dengan kerjasama PAS 
cawangan bagi keselesaan pelajar dan guru.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pengelola Unit Dakwah 
Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Mohammad 
Mustafa berkata, program yang menjadi tumpuan kerajaan negeri adalah 
berkaitan pembangunan berteraskan insan. 

"Kita membangun berdasarkan agama, taqwa dan keimanan. Telah menjadi 
dasar kerajaan negeri, mendidik rakyat negeri ini berasaskan nilai-
nilai taqwa. 

"Banyak program-program yang telah dibuat untuk mendidik masyarakat 
mengenai ketaqwaan kepada Allah," katanya ketika menyampaikan 
tazkirah di majlis berbuka puasa anjuran sebuah pertubuhan yang 
dikenali sebagai Sihat di JKR 10, baru-baru ini.

Pada majlis itu seramai 30 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim 
Darul Aitam, Jalan Yakubiah dan 20 keluarga miskin diberi sumbangan 
Hari Raya daripada Sihat.//Hrkh







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke