TUMPAT, 27 Okt - Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tepi sungai lebih berhati-hati dan waspada menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.
Beliau berkata, biar pun orang ramai sedang sibuk membuat persiapan menjelang Hari Raya tidak lama lagi, mereka juga perlu mengawasi anak- anak supaya tidak bermain jauh dari rumah. "Anak-anak memang suka bermain air sama di sungai, parit atau bendang. Kita sebagai ibu bapa perlu mengawasi mereka kerana setiap tahun berlaku banyak korban akibat lemas. "Manakala bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu bersiap sedia dari awal untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku. Lebih-lebih lagi sekarang musim hujan," katanya di majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Penggawa Kampung Laut, di sini, baru-baru ini. Pada majlis itu seramai 160 penduduk miskin, ibu tunggal (armalah) dan anak-anak yatim menerima sumbangan Hari Raya Aidil Fitri daripada Ahmad yang juga Adun kawasan itu. Setiap penduduk miskin menerima bantuan berbentuk wang ringgit dan barangan makanan termasuk bernilai RM60 yang disumbangkan Kelab Kakitangan Air Kelantan Sdn. Bhd. Sementara itu, di KOTA BHARU dalam perkembangan berkaitan penduduk miskin di kawasan DUN Kadok turut menerima sumbangan Hari Raya daripada Adun kawasan itu, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman yang diadakan di Masjid Batu Lapan, pagi tadi. Lebih 100 penduduk miskin, armalah dan anak-anak yatim menerima sumbangan tersebut yang melibatkan peruntukan lebih RM30,000. Setiap mereka menerima wang tunai sebanyak RM300. "Wang tersebut diberi bagi membolehkan mereka menyediakan peralatan menyambut Hari Raya tidak lama lagi. Diharap bantuan itu dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa golongan tidak berada," katanya. Menurut beliau, biarpun hujan lebat pagi tadi, mereka tetap datang bagi menerima bantuan yang diberi. Manakala di TANAH MERAH, seramai 105 penduduk miskin akan diberi sumbangan Hari Raya pada Sabtu ini, bakal diagihkan Adun Kemahang, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. Majlis penyampaian bantuan itu akan diadakan di bangunan Pasti Bedang Nyiur. Dua hari selepas itu pula diadakan majlis penyampaian bantuan kepada golongan armalah dan anak-anak yatim dari DUN yang sama. Menjelang sambutan hari lebaran beberapa hari lagi, majlis penyampaian sumbangan diadakan di seluruh Kelantan melibatkan setiap Adun dan Penyelia DUN. Setiap DUN di Kelantan mendapat peruntukan sebanyak RM60,000 untuk diagih kepada anak-anak yatim dan armalah. Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan kerajaan negeri setiap tahun bagi tujuan itu.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
