KOTA BAHARU, 27 Okt  -- "Jaga nyawa anda", nasihat Menteri Besar 
Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada orang ramai terutama 
anak Kelantan yang pulang beraya pada musim perayaan ini.

Seperti sudah menjadi resam, katanya, jumlah kemalangan yang tinggi 
dicatat pada setiap kali perayaan malah banyak kes melibatkan anak 
Kelantan yang merantau, pulang beraya di kampung masing-masing.

"Bila balik (kampung) tolong jaga nyawa kerana nyawa ini anugerah 
Allah yang tak dapat dibuat oleh doktor atau ahli sains. Allah beri 
nyawa kepada kita untuk dijaga. Tolong hati-hati supaya tidak berlaku 
tragedi tidak diingini terutama ketika di jalan raya," katanya kepada 
Bernama di sini hari Khamis.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata menjaga nyawa sendiri 
juga termasuk di antara lima perkara yang wajib dipelihara oleh 
seorang Islam selain menjaga agama dan akal fikiran.

"Dengan menjaga nyawa masing-masing, kita juga membantu menjaga nyawa 
orang lain. Jadi jangan susahkan diri sendiri dan susahkan orang 
lain," katanya.

Terdahulu, Nik Aziz menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 1,673 
anggota pasukan keselamatan yang akan bertugas semasa Hari Raya 
Aidilfitri yang dijangka 3 Nov.//Bernama








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke