KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberikan hak 
milik tanah kepada Felcra Berhad (Felcra) dan Lembaga Kemajuan 
Kelantan Selatan (Kesedar) menyebabkan agensi itu tidak dapat 
mengambil peserta untuk menduduki tanah-tanah tersebut.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Awang 
Adek Hussin berkata, keadaan tersebut sekali gus menggagalkan usaha 
Felcra dan Kesedar untuk membantu meringankan beban lebih 5,000 
penduduk miskin tegar di negeri itu.

Menurutnya, sebelum ini Felcra secara prinsipnya telah diberikan 
persetujuan untuk mengusahakan tanah seluas 6,065 hektar daripada 
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kelantan sebelum ini.

``Sementara Kesedar pula mendapat persetujuan mulut daripada Menteri 
Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mengusahakan 10,200 
hektar tanah.

``Saya tidak tahu kenapa Pas Kelantan tidak mahu memberikan hak milik 
tanah itu, mungkin disebabkan oleh isu politik kerana ia melibatkan 
agensi kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini, 
hari ini. Ketika mengusahakan tanah berkenaan, katanya, Felcra telah 
membelanjakan sebanyak RM80 juta sementara Kesedar pula 
memperuntukkan sebanyak RM86 juta dan selepas tanah itu mendapat 
hasil, Felcra berjaya membayar balik hutang kepada Kerajaan Pusat 
bernilai RM30 juta manakala Kesedar pula sebanyak RM28 juta.

``Bagaimanapun apa yang menjadi masalah ialah kerajaan Pas Kelantan 
bercadang mengambil alih 70 peratus daripada tanah yang diusahakan 
oleh Felcra dan Kesedar untuk diberikan kepada sebuah syarikat lain.

``Jika ini berlaku, siapa yang akan membayar hutang yang masih 
tertunggak dengan Kerajaan Pusat itu sedangkan kita tahu kerajaan 
Kelantan tidak mempunyai peruntukan yang secukupnya dan apa akan 
berlaku kepada rakyat miskin,'' katanya.

Penyelesaian terbaik, kata beliau ialah melalui pemberian hak milik 
tanah kepada peserta Felcra serta Kesedar dan bagi kementerian, Awang 
Adek berkata pihaknya merayu supaya perkara itu dapat diselesaikan 
dengan baik.//UM









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke