KOTA BAHARU, 9 Nov -- Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan beberapa projek infrastruktur bernilai lebih RM5 juta di sekitar Pasir Mas termasuk pembinaan lintasan landasan kereta api.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Husam Musa berkata projek lain yang diluluskan ialah pembinaan segera sistem perparitan yang lebih sempurna berharga RM200,000 dan gerai niaga bernilai RM50,000 bagi menggantikan lapan gerai yang terbakar baru-baru ini. Sambil menafikan bahawa pembinaan infrastruktur terbabit sebagai projek pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir, Husam berkata projek terbabit terutama lintasan landasan kereta api itu akan dapat mengurangkan masalah trafik di bandar Pasir Mas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Nov ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Dis untuk pengundian bagi kerusi DUN Pengkalan Pasir yang kosong berikutan kematian wakil PAS, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, akibat kanser hati pada 31 Okt lepas. Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, Husam berkata pembinaan landasan itu dijangka dimulakan tahun depan manakala pembinaan gerai akan dimulakan minggu depan dan siap akhir Disember ini. Katanya beliau dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri, ketua jajahan dan jurutera daerah telah melawat kawasan projek terbabit sebelum membuat keputusan menyegerakan pembinaan projek-projek itu. Sementara itu, Husam berkata Pejabat Menteri Besar menerima RM17 juta berupa tunggakan hutang daripada anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Rabu. Katanya kemampuan PKINK menjelaskan hutang dengan kerajaan negeri adalah berikutan usaha mengemaskini pentadbiran kewangan perbadanan itu.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
