KOTA BAHARU, 9 Nov -- Polis Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil parti politik dalam masa terdekat ini bagi memberikan penjelasan mengenai persediaan polis dan kerjasama yang diharapkan daripada mereka menjelang pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.
Ketua Polis Kelantan SAC 1 Zulkifli Abdullah dalam satu kenyataan hari Rabu berkata polis mahu memastikan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri itu nanti berjalan meriah tetapi terkawal dengan parti-parti politik mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada. Polis negeri menugaskan seramai 750 pegawai dan anggota polis pada hari penamaan calon 27 Nov ini, sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian pada 6 Nov, katanya. "Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis jika ada sebarang pelanggaran undang-undang melalui SMS Rakan Cop 32728 atau melalui hotline 09-745 0999," katanya.//Bernama ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
