PASIR MAS: Berlandaskan slogan `Mudah Baso, Sene Kiro' Pemuda Umno Kelantan kini turun ke akar umbi bertemu masyarakat Pengkalan Pasir bagi mendengar masalah serta mengusahakan penyelesaian kepada mereka.
Ketuanya, Dali Husin, berkata seluruh jentera Pemuda Umno akan menemui semua lapisan masyarakat pengundi di kawasan itu tanpa mengira fahaman politik mereka. Katanya, pendekatan itu selaras saranan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang mahu Umno menggunakan pendekatan mesra rakyat. Program mendekati masyarakat kampung terutama generasi muda dilakukan Pemuda sejak sekian lama dan dipertingkatkan selepas pilihan raya umum tahun lalu. "Sejak pelancarannya, pelbagai kegiatan dijalankan Pemuda secara berterusan. Bagaimanapun, kebetulan berlaku pilihan raya kecil, maka ia sesuai dengan keperluan semasa. "Ini memberi cabaran kepada Pemuda Umno berhubung sejauh mana keberkesanan program yang kita jalankan," katanya di sini, semalam. Sementara itu, Naib Pemuda Umno negeri, Ahmad Rosdi Mahmad, berkata program mendampingi masyarakat membabitkan semua Ahli Jawatankuasa Pemuda, Ketua Pemuda cawangan dan ketua peti undi di DUN berkenaan. Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Mas, berkata menerusi program itu, Ketua Pemuda cawangan dan peti undi akan mengenal pasti masalah manakala ahli jawatankuasa Pemuda bertindak sebagai bapa angkat. "Sasaran kita ialah keluarga miskin mempunyai anak ramai, ibu tunggal dan remaja bermasalah. Mereka ini akan didampingi secara berterusan sehingga kita dapat menyelesaikan masalah mereka," katanya.//Bha 10 Nov ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
