KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta pengundi memilih calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir dengan teliti seperti memilih calon menantu yang baik dengan sifat terpuji. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan meminta pengundi mengingati akhirat jika mahu keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
"Saya berdoa pengundi percaya kepada Pas kerana tidak pernah sekali pun di bawah pemerintahan kita... kita membinasakan bangsa. Saya nasihat pengundi supaya memilih wakil rakyat seperti mereka memilih menantu. "Kalau memilih menantu yang kaya tetapi gemar berjudi pun tidak guna, begitu juga jika memilih menantu cantik tetapi kikis harta benda pun tidak guna. "Pilihlah wakil rakyat yang boleh membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.//Bha 10 Nov ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
