KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tidak sekali-kali akan 
membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semata-mata kerana 
desakan daripada UMNO. 

Sebaliknya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, 
tindakan itu hanya boleh dilakukan di atas kemahuan majoriti rakyat 
negeri itu sendiri.

``Kita anggap desakan itu hanya satu gimik politik UMNO yang kini 
jelas tidak mempunyai ramai tokoh pemimpin. 

``Kita tidak bergantung semata-mata kepada permintaan individu yang 
meminta DUN dibubarkan,'' katanya pada sidang akhbar selepas 
mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat di Taman 
Melewar, Gombak dekat sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Badan 
Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa semalam yang 
meminta Pas menghormati suara rakyat negeri itu dengan membubarkan 
DUN negeri itu. 

Ini kerana katanya, kedudukan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas 
kini ibarat `telur di hujung tanduk'.

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Kelantan, Husam Musa yang turut 
hadir dalam sidang akhbar itu pula mendakwa desakan tersebut jelas 
menunjukkan UMNO terlalu tamak kuasa.

Ini kerana kata beliau, pada masa ini UMNO sebenarnya sedang berusaha 
untuk mendapatkan pertambahan kerusi DUN daripada 21 kerusi yang 
mereka miliki. 

``Jadi kita nampak ada ketamakan kuasa apabila meminta DUN dibubarkan.

``Semuanya atas dasar ingin membawa pembangunan,'' katanya. 

Beliau berkata, selama ini Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai 21 
kerusi DUN tetapi tidak berusaha menunjukkan bahawa mereka bersungguh-
sungguh untuk membawa pembangunan. 

``BN ada kerusi di DUN Tendong yang terletak dalam Parlimen Pasir Mas 
tetapi tidak buat apa apa pun, mereka tidak membawa sebarang 
perubahan. 

``Ini pula minta bubar DUN semata-mata kerana mahu satu pertambahan 
kerusi,'' katanya.//UM 14 Nov







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke